Tuesday, March 21, 2006

Karnival SureHeboh TV3


Sabtu minggu lepas 11 Mac 2006 Ju dengan mak pergi ke Karnival TV3 di Nilai 3. Eheheh ...disebabkan tempat tu dah biasa Ju dengan mak pergi untuk shopping jadi kami pun pergilah ke sana. Jangan tak orang kata dah dekat pun tak jengah..saja la nak tengok cam mana ke rupanyer karnival TV3 Surehebuh tu.

Dah agak dah mesti jammed ..kalau ikutkan hati malas nak pergi tapi kesian kat mak ..boring dia kat rumah tak ke mana-mana, akhirnya sampai jugaklah kesana. Elok sampai hujan lebat bukan main. Nak keluar dari keretapun payah. Tengok parking kat pintu masuk memang sesak..terus ke area kedai-kedai lagi relax cari parking. Walaupun jauh sikit. Setelah pusing-pusing selama sejam ..on the way balik nak keluar ..singgah booth "Bersamamu" donate la sikit ..sambil dengar Fifi bercerita. Lepas tu singgah kat booth Hotlink...CT Nurhaliza tengah menyanyi. Tengok dari jauh jer.

6.30 pm dah sampai rumah. Malam tu ninja-ninja Nabil dgn Nasyirat termasuk Dini selongkar beg biskut & coklat yang sempat Ju beli kat karnival tu .

Itu jer la ceritanya.Nanti petang kalau sempat , kita cerita lagi ok.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin