Komunikasi dua hala

Beberapa hari ini saya lebih banyak berkomunikasi menggunakan emel dengan rakan-rakan di pejabat. Saya lebih selesa dengan cara yang sebegini. Memberi arahan, memohon pertolongan dan sebagainya menggunakan emel akan memudahkan saya membuat "follow up". Kami bekerja di bahagian perkhidmatan, dan ada giliran waktu bekerja. Jadinya agak payah untuk mencari waktu untuk bermesyuarat. Kalau ada isu berbangkit, boleh terus bertanya secara bersemuka ataupun emel. Kalau dah suruh buat tapi tak buat, silalah baca emel anda, pasti ada emel peringatan yang diberi. Saya sendiri menerima teguran melalui emel, maka rasanya tidak salah kalau saya menegur juga menggunakan emel.

Kadang2 bila kita bercakap berhadapan kalau sampai berbuih mulut tapi yang mendengar tak mendengar dan memahamipun tak berguna jugak. Saya sendiri sentiasa menerima arahan dan pertanyaan melalui emel dari boss. Kadang kita boleh lupa kalau orang minta itu dan ini melalui perbualan dan kita pulak tak sempat nak buat nota. Jadinya di dalam dunia kerja saya sekarang ini, semua mesti ada " hitam putihnya". Kalau ada isu yang berbangkit, bolehlah merujuk kepada emel yang kita terima atau hantar.

Saya sendiri kadang2 perlukan peringatan atau " reminder", jadinya saya sekarang ini kerapkali menghantar emel untuk mengingatkan rakan-rakan setugas tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan setiap hari dan jangan leka. Kita perlu saling mengingatkan tak kira sama ada kita ketua ataupun tidak .

Ini penting kerana jika kita tidak bekerjasama atau mengamalkan sikap acuh tak acuh, maka jabatan akan menghadapi masalah. Jangan ada sikap "itu bukan kerja aku". Pastikan anda mengingatkan rakan anda dan kalau boleh lakukan sendiri, cuba lakukan. Kalau masing-masing buat tak reti, siapa yang susah ? akak jugak nanti yang kena menjawab...

Comments

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah