Sunday, February 22, 2009

Apabila kerja di Hujung Minggu

Cuaca amat panas semalam. Terik mentari mencecah 35 darjah celcius. Sampaikan duduk dalam library yang berhawa dinginpun pelajar2 yang studi kat tingkat 2 komplen panas, mereka kata tak ON penghawa dingin ke? Kenalah panggil staff dari "maintenance dept" laraskan suhu penghawa dingin. Hari ni akak bekerja seorang diri, so datang awal, kemas meja, kerusi dan buku-buku yang berselerak. Semalam agak penat sebab ramai yang berurusan di kaunter. Hari Ahad ni pun ramai jugak. Rajin mereka ni sebab ada kuiz, mid-term exam dan kelas ganti gamaknyer..ehehehe.

Semalam yang kata nak buat OT pun tak datang dengan alasan tersendiri...hari ini ingatkan datang...tapi tak jugak datang..hmmm tak tahu teman nak kata apa.

Esok nak pergi Tabung Haji Kajang tapi tak pasti kat sebelah mana . Esok kena buat panggilan ke TH nampak gayanyer kalau tak jumpa. Teman bukan pandai sangat jalan2 kat Kajang tu , lagi2 pulak area Jalan Sungai Chua. Bila cakap pasal Kajang ni , masalah nak cari tempat parkir, itu yang menyedihkan..sesakk giler area pekan kajang tu.

Apa-apapun semoga Allah permudahkan perjalanan dan urusan kami esok. Amin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin