Tuesday, December 08, 2009

Tersentuh hatinya...

...bukan kecewa mahupun duka tetapi pastinya gembira dan bangga
apabila cucu yang berusia 3 tahun bertanya " Opah buat apa? ". Si Opah
menjawab " tak ada apa,kenapa?". Terus si cucu bertanya lagi, "Opah
dah makan ubat ke?". Opah kata" YaALLAH bertuahnya cucu aku ni, ambik
berat pasal Opah walaupun kecik lagi". Saya yang mendengarpun terasa
sebak gembira. Harapan saya,semoga ini bukan kali pertama dan terakhir
si cucu akan bertanya sedemikian kepada Opahnya. Insya Allah, Ameen.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin