Gout: pemakanan yang sesuai untuk pesakit

Alhamdulillah, serangan gout yang mak kak long hadapi semakin berkurangan kerana kami amat berhati-hati dengan apa yang mak kak long makan. Jarang makan di luar. Kalau makan diluar pun kami pastikan kandungan tidak mengandungi unsur-unsur makanan laut dan juga pengawet makanan.

Sebelum ini kita hanya tumpukan kepada makanan laut seperti udang, kerang, ketam, sotong dan seangkatan. Beberapa kali kena serangan gout kerana terseliuh.( ya...gout akan menyerang bukan kerana salah makan sahaja.) Mak akan mengelak dari mengambil atau memakan lauk-lauk yang sebelum ini menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Doktor nasihatkan  kalau boleh jangan makan langsung  coklat sebab ada asid urik. Aalahai...satu lagi kegemaran tak boleh makan...huhuhu.

2 minggu di hospital kami dapat tahu juga yang injection yang digunakan untuk operation katarak yang mak jalani sebelum itu menjadi punca kepada serangan gout. So jika anda akan jalani prosedur yang perlu mengambil suntikan atau ubat,tolong beritahu doktor anda ada gout dan sensitif terhadap bahan -bahan berunsur makanan laut.

Baru-baru ini kami dapat kennalpasti  bahan masakaan yang mak tak boleh makan . Jangan tak percaya, santan kotak atau santan segera yang saya gunakan dalam masakan menyebabkan mak sakit. Bahan pengawet adalah satu sebab gout menyerang.

Buat ketika ini, untuk mengurangkan paras asid urik di dalam darah, mak mengambil ubat yang doktor berikan dan dalam masa yang sama mengambil minuman supplemen herba.

p/s: Kekacang juga harus dielakkan. No purine diet for my moms  or low purine diet for those who has mild gout.

Alhamdulillah sudah 3 bulan mak tidak mengalami alahan.

Comments

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah