Ke Hulu ke Hilir

Petang Sabtu. macam biasa jalan agak sesak dengan kereta, so dalam hati sambil memandu tu dok berdoa, harap2 tak adalah masalah nak report lagi. Sampai ke Balai Kajang, tanya kat Encik Pol yang bertugas di pondok kawalan, kat mana yer cawangan dot dot dot ni ? dia jawab " saya baru kat sini..tak tahulah...tanya kat orang kat sana tu". Laaaaa eh..macam mana boleh tak tahu ni. So, kak long pun terus cari tempat letak kereta, isk iskk mujur ada kosong. Kalau tidak nanti kena saman salah parking pulak..ehehehh. Takut teman citer2 saman ni.
Perati punya perati kat papan tanda di blok2 yg ada kat situ..kak long dah nampak dah cawangan yg kak long perlu pergi. Iskk apa ler ...budak baru tu langsung tak ambik tahu hal balai dia sendiri .
Selepas buat laporan dan kena bayar RM2.00 untuk salinan report tu, kak long rasa lega dan bolehlah balik ..perut jangan cakaplah , sejak balik dari tempat keja tak makan lagi...huwaa masuk angin dah. Last2 makan dalam pukul 6.30...alhamdulillah.
Esok harap2nya proses buat passport gantian akan berjalan dengan lancar, InsyaAllah, Amin.
Comments