3 hari di Kuching, Sarawak tetapi masa untuk berlibur hanya sekejapan saja. Orang kata , menyusuri Sungai Sarawak pada waktu senja sambil menyaksikan matahari terbenam dan melihat "Pak Tambang" mendayung sampan menyeberangi sungai memang nyaman. Huhuhuhu tapi kak long sempat sampai ke WaterFront tapi tak sempat nak tunggu sampai matahari terbenam tapi memang cantik. Tebingan Kuching atau waterfront yang dibina pada 1993 menyimpan rentetan sejarahnya yang menarik. Di sinilah bermulanya sejarah Kuching dengan ketibaan seorang pengembara dari England, James Brooke yang menumpaskan pemberontakan di sungai atas permintaan bapa saudaranya Sultan Brunei. Sarawak ketika itu adalah sebahagian daripada Brunei. Sebagai balasan, Sultan Brunei melantik James Brooke menjadi Rajah Sarawak, sehinggalah pendudukan Jepun tahun 1941. Selepas perang, anak saudara Brooke, Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British. Bazaar menjual ole2 dan cenderamata berjajaran di sepanjang jalan be...