Kasih Di Seberang Tambak...

Pertemuan itu tidak di jangka
Awak di sana dan saya di sini setia
Pertemuan berlaku tidak dirancang jua
Bermula dengan sebaris ayat walau seketika
Berakhir dengan sebaris kata ...

Pertemuan tiada buat seketika kerana nama berbeza
Tetapi ada sesuatu di antara kita...
Tanggal 8 Oktober kisah kita bermula
Pertemuan tanpa di rancang maka bersua jua
Rupanya ada rindu diantara kita..

Kasih berputik tanpa di duga
Hanya sayakah yang terduga
Atau awakkah yang menduga
Kemana agaknya hala kasih kita?

Harapan ingin disandarkan untuk bersama
Tetapi terlalu awal untuk kita mengatakan ya
Adakah ada sinar bahagia untuk kita ?
Persoalan yang hanya Allah yang punya jawabannya...

Kita hanya mampu berdoa
Andai ada jodoh di antara kita
Walau terpisah sejauh mana
Akan Allah dekatkan jua
InsyaAllah











Comments

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah