Friday, October 19, 2012

Masih berharap..

Hampir 5 bulan mak mengalami masalah kesihatan yang tidak menentu. Sekejap macam dah okay, tiba-tiba datang semula sakitnya. kalau tak gout, sakit belakang dan lutut. Silih berganti. Dah cuba makan macam-macam jenis ubat tapi masih belum ada keserasiannya. ( Selama 4 bulan lebih ini jugalah saya kadang2 terpaksa cuti mengejut. Bila mak dah okay sikit, terpaksa tinggalkan di rumah. Saya rasa sangat bersalah tapi mana nak cekau duit kalau tak kerja. Minggu lepas dengan bantuan adik ipar, mak buat rawatan ala syifa dan akupunktur ( cam tak betul jer ejaan ni...). Alhamdulillah nampak ada perubahan dengan kesihatan mak. Sakit tulang punggung dah berkurangan dan dah boleh berjalan lebih laju dari sebelumnya walaupun masih mengekalkan penggunaan tongkat. Harap2 masalah gout kronik yang dihidapi mak juga akan berkurangan atau terus hilang. InsyaAllah. Terasa penat juga sejak akhir2 ini sebab nak masak , kemas umah dan ulang alik ke tempat kerja tetapi bukan itu memang kerja seorang suri rumah? Ehehehe kalau orang lain boleh juga beli makanan bungkus tapi mak tak boleh nak makan sembarangan ditakuti akan diserang gout.. adehlah. Apapun , mula dari minggu ke 3 November sampai minggu ke 3 December, saya akan bercuti tanpa gaji untuk memberi tumpuan kepada mak. Kalau mak dah pulih sepenuhnya, boleh la mula bekerja semula. Semoga mak cepat sembuh. InsyaAllah.

1 comment:

Rumah Kuning said...

banyakkan bersabar. semoga mak kak zue akan sembuh seperti sediakala.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin