Posts

Lost Count

Hmmm...tak ingat dah berapa hari duduk rumah..tak kerja. Betul2 cam suri rumah. Ihiks..gi pasar..masak..mengemas rumah..itu jer ulang alik . Sambil tu online ...ahahahah. Best gak tapi tak best bila fikir  gaji separuh jer..huuhuhhuu.  Harap2 mak cepat sihat seperti biasa.. dan boleh kerja semula. Tapi kalau boleh tak nak kerja...ekeke seronok duduk rumah..walaupun ada jugak buat keje ofis sebab budget next year tak submit lagi..huhuuhuu ..itu jer yg malas nak  buat...hmmm balik dari pangkor la nanti baru buat..ihiks. InsyaAllah Isnin depan nak ikut famili adik gi bercuti ke Pulau Pangkor. Ehehehhe dekat dgn kg tapi baru laa ni nak pergi. Orang yang jauh lagi awal2 dah sampai.

Dua Insan

Image
Salah sebuah lagu kesukaan ...layanzzz

Penantian dan Kepastian

Penantian itu satu penyiksaan Kepastian itu satu penawar Mood : Campur aduk

Gara-gara anak kucing

Image
Kelmarin , ada kucing tak bertuan masuk ke rumah ..terus ke tingkat atas. Tak sedar kucing tu naik tapi sedar dia dah turun. Mak memang tak berapa berkenan dengan kucing....eheheh so kenalah halau. Sekali lagi dia cuba naik ..hah...dah mula suspek yang dia nak sorok anak2 dia kat tingkat atas. Jenuh cari tapi tak  jumpa so terus lupakan. Tengahmalam, bunyi anak kucing mengiau-ngiau kat tingkat atas..huaaaaaa...kaklong geli dengan anak kucing yang baru dilahirkan...tak sanggup tengok apatah lagi pegang..oh tidak!!!! mak suruh naik tengok tapi kaklong dengan muka toye dan dah mula nak nangis tak sanggup. Ahahahah dah 3 pagi tak tidur2 ...baru nak lena dah bunyi lagi anak kucing tu . Bukak sikit pintu gelongsor kut2 mak kucing akan datang jengah anak dia ...rupanyer hampeh. Esoknya bangun tido macam zombie...ahahaha tak leh lena punyer pasal. KakLong buka pintu rumah besar2 dan akhirnya mak kucing datang bawa keluar anak dia...Hishhhh rupanyer bukan satu tapi lebih dari satu. Mu...

Tetap utuh di Lipatan Kenangan

Image
Terkenangkan Abah yang telah lama meninggalkan kami sekeluarga namun kenangan itu masih segar di lipatan kenangan. November telahpun tiba. 19 November nanti , Abah sudah meninggalkan kami selama 29 tahun . Begitu pantas masa berlalu. Kalau dulu Ju masih bersekolah, tetapi kini , anak Abah ini telah dewasa dan walaupun Ju masih tidak mempunyai keluarga sendiri tetapi ada rahmatNya sebab Ju berpeluang jaga mak yang kini menghadapi masalah kesihatan. Kalau Ju dah kahwin, belum pasti suami Ju akan benarkan Ju menjaga makkan Abah? . Abah...Ju harap pengorbanan Ju untuk cuti dan bersama-sama mak untuk sebulan ini akan membuatkan mak rasa lebih dihargai dan mak akan sihat seperti sediakala. InsyaAllah.

Setia di Hati

Image
Seseorang yang istimewa bukan selalu di depan mata dan yang sentiasa disisi, tetapi....insan yg setia di hati dan di ingati dalam setiap bisikan doanya... ~~~status fb seorang teman~~~

Doaku buat mu ...

Image
Apabila mendapat berita seorang teman yang berada jauh tidak sihat, ada rasa sedikit gundah di hati. Apa yang termampu dilakukan ialah berdoa semoga teman ini cepat sembuh seperti sediakala. Semoga Allah memakbulkan doa insan yg kerdil ini...InsyaAllah. Aamiin.  Mak juga sakit kembali di pergelangan tangan sampai tak lalu makan dan susah nak ambik wudhu serta pakai baju. Esok saya kerja...alahaii tak sampai hati nak tinggalkan tapi kerja perlu diselesaikan sebelum cuti panjang nanti.  Doakan semoga mak saya juga cepat sembuh yer kawan-kawan. Terima kasih. Semoga Allah juga memakbulkan doa agar kesakitan yang mak saya hadapi akan hilang ..InsyaAllah , Aamiin.