Friday, September 03, 2004

Kampung tercinta...

Dah lama tak jenguk sini. Last Saturday, August 28, aku balik kampung bersama -sama mak, adik , linda, anak-anak saudaraku, nasyirat, nabil dan dini. Dah lama tak balik kampung menjenguk rumah peninggalan arwah abah tercinta. Rasanya dah hampir 4 bulan tak balik.
Last week sebelum balik kg, abg din telefon mak . Katanya , rumput dah mmg tinggi di halaman rumah. Kampung ku di Sungai Batang, Selekoh, Perak.

Sampai di kg , kami singgah di rumah kak ina utk makan tghari. Lauk simple jer tapi berselera makan sebab lapar kut ..ehehhehe . Alhamdulillah.

Pukul 4 dah sampai di rumah kg. Adoi...titi pun dah teruk sgt nampaknya. Rumput mmg betul la apa yg abg din cakap..mmg dah tinggi. Nampak buruk sangat rumah ni...sedih tengok.

Apa lagi..operasi membersihkan rumah pun dimulakan. mak di dapur...aku dgn linda di bahagian hadapan....dia menyapu, aku guna vacuum. Mak aii....punyer laa banyak semut dgn habuk. Jenuh laa menyapu...linda turun lak kebawah...menyabut rumput...aku continue vacuum habuk dan sampah dari tangga depan ke dapur. Adik lak mengemop lantai.

Wah...peluh menitik tapi bersemangat betul kali ni membersihkan rumah. Budak2 tu seronok berlari2 ...abih bergoyang rumah tu ...maklumla rumah papan...depa ingat cam rumah depa tu ...lari laa laju mana pun ..tak goyang pun...ehehhehe. Siap jatuh tergolek bila terpijak lantai licin yg baru di mop dek abah depa pun ...depa buat dek jer .

3 hari kat rumah tu ...tak habis mengemas pun 100%. Rumput dah adik sembur racun tapi tak nampak lagi kesannya after 2-3 days baru laa tahu. Anyway...end of this month , balik lagi laa InsyaAllah sebab nak hantar kain langsir yg kak ina pesan dan kain langsir utk rumah kampung yg kami beli few months ago utk kak ina jahit .

sampai sini dulu...lain kali sambung cerita rumah kampung.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin