Yang utamanya...

Yang Utamanya…
Kiranya kesempurnaan yang kau harapkan
Lebih tinggi dari gunung yang menimbun
Aku hanya bukit-bukit kecik yang sering dijejak,
Kiranya kelebihan yang kau impikan
Lebih dari lautan yang tidak bertepi
Aku hanya liku-liku sungai kcil
Lagi sempit…yang hanya menmburukkan
Pengembaraan di musafir
Kiranya keindahan yang kau inginkan
Lebih dari mutiara yang sinarnya dipandang Dunia….
aku Cuma sebutir darinya
Yang tertanam sepi di dasar lautan
Kiranya kesenangan yang kau idamkan
Lebih dari setaman kuntuman bunga mekarMengharum…aku
Cuma setangkai tulip putih
Yang kembangnya tiada
Yang Utamanya
Aku ada tawa yang ingin dikongsi bersamamu
Aku juga ada duka yang tidak mahu membebankanmu
Aku ada senyuman yang amat jarang kuukirkan
Aku juga ada tangisan yang mengiringi perjalanan
Bersamaku ada setulus kasih sayang buatmu
Selagi tempatku ada dihatimu
Bersamaku bertamunya rindu yang tidak kenal jemu
Selagi diriku ada diingatanmu…Dan…
Bersamaku ada bahagia yang ingin kutakhtakan buatmu
Selagi kau ikhlas meniti liku-liku bersamaku
Yang Utamanya…Bersamaku ada doa yang sentiasa digalas
Hilangnya doa andai sakaratulmaut menjelma
Bersamaku ada kesetiaan…umpama
Karang yang teguh di lautan bergelora
Akan hilangnya setia andai karang diganggu utuhnya
Bersamaku ada kejujuran…ibaratLangit membumbungi bumi
Hilangnya jujur saat langit dan bumi bersatu
Yang utamanya…Dalam aku semua itu
Telah dituliskan bertemu denganmu
Dan…dalam aku semua itu
Setiap lafazmu tertanam suci untuk impianku
Dan…antara aku dan dirimu
Hati menjadi penghulu dalam doa bersatu
Yang terutamanya…
Aku bukan seperti Ummul Mukminin Siti Khadijah
Aku juga bukan sepintar Siti Aishah
Bahkan bukan juga Fatimah puteri RasululLah
Apatah lagi setabah Asiah
Akulah wanita seadanya…
Hidup di penghujung zaman
Zaman yang penuh kejijikan dan kehinaan
Sinarku kini menanti
Hadirmu solehnya lelaki
Menumpang hidupmu di jalan redha Ilahi
Bersama huluran berkat Rabbul Jalil

Comments

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah