Tuesday, November 02, 2004

Abah....tolong Ju

Abah...

Bila Ju hadapi masalah yang biasanya org lelaki boleh buat, Ju berharap abah ada untuk tolong Ju. Dulu semua abah buat . Tapi sejak 21 tahun yang lepas , Ju buat sendiri dgn mak. Abah....Ju memang kecik hati dengan adik sebab selalunya dia acuh tak acuh bila Ju nak mintak tolong dia. Bukan dia tak tolong langsung abah..tapi selalunya bila tanya pasal kereta ke ...mesti dia jawab acuh tak acuh. Agaknya dia fikir Ju boleh buat tu semua.

Mungkin jugak dia akan tolong kalau Ju beriya -iya mintak tolong dia ...tapi biasalah abah pun tahukan...Ju suka pendam masalah...berharap org lain tahu masalah Ju. Sebenarnya nak bermanja tapi terlupa , abah dah tak ada . Manja dgn mak lain hal abah...mak memang manjakan Ju tapi Ju rasa sunyi abah.

Ju kuatkan semangat selama ni abah. Mak susah payah besarkan kami dua beradik dengan duit peninggalan abah . Mak jual kereta abah. Dengan duit itulah kami membesar. Kami dah dikira berjaya sekarang ini tapi Ju masih berseorangan abah. Tak ada siapa yg sudi mengisi kekosongan hati Ju ini abah. Kalau ada pun , hak orang, Ju tak boleh nak terima. Mak selalu pesan, kalau ambik hak orang, esok orang senang-senang jer akan ambik hak kita.

Abah...Ju menangis masa ini. Mintak maaf abah...Ju tak setabah yang Ju sangkakan. Ju ada kawan ..cuma kawan dari jauh jer abah. Ju segan nak bercerita pada kawan Ju. Hari ni Ju luahkan perasaan pada KD..dia kawan Ju yang tak pernah Ju jumpa abah tapi sesekali kami berkongsi cerita . Dia cerita pasal famili dia abah..seronok baca cerita dia.

Shah..kawan Ju jugak abah. Ju sayang kat dia tapi buat masa ini, Ju cuma kawan dari jauh jer abah. Segan sangat dgn dia. Ju terasa kehilangan kalau tak ada khabar berita dari dia. Ju tahu abah, Ju tahu..Ju kena kuatkan semangat walaupun Ju pernah terfikir, Ju boleh bermanja dgn Shah...

Ntah laa abah...Ju benar-benar kesunyian sekarang ini. Ju tak nak fikir ...kalaulah Ju kehilangan mak, macam mana agaknya Ju...

Cukup sampai sini dulu yer abah, lain kali Ju sambung . Mata dah bengkak ni...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin