Tuesday, November 09, 2004

Warkah Buat Abah

Abah

Pagi ni, Ju teringat kat abah lagi. Tak sedar dah 21 tahun abah meninggalkan emak, ju dgn adik. Setiap kali kedatangan 18 November, hari lahir Nasyirat Nu'man cucu abah yang sulung , maka Ju akan ingat 19 November pulak merupakan hari yang amat memilukan. Abah pergi buat selama-lamanya.

Abah, Ju masih ingat lagi abah tak berapa sihat sebelum Ju ambik SRP lagi, tahun 1983. Masa tu Ju tak ambik kisah sangat , sebab tak terfikir Ju akan kehilangan abah. Ju nampak abah selalu baring kat kusyen kat rumah kuarters di simpang 3, abah cam sesak nafas. Abah dah berhenti hisap rokok masa tu, tapi semalam baru Ju tahu,kawan-kawan abah yang dok suruh abah hisap rokok balik...galakkan abah lagi. Semalam mak cakap pasal ni bila mak tengok iklan bahaya rokok di TV.

Abah, mungkin sebab trauma kehilangan abah masa adik darjah 5 menyebabkan adik tak merokok. Adik pernah menangis masa dia di SEMESTI. Masa tu form 1. Bila mak jumpa cikgu adik , mak dapat tahu hal ni. Mungkin adik teringat kat abah masa tu . Dia dah berjaya sekarang ni abah . Adik bahagia dengan keluarga dia.Abah ada 3 orang cucu dah.

Abah, selama abah masih ada, kami manja dgn abah. Kemana saja abah pergi kami ikut. Tak pernah berenggang. Makan pakai kami semua abah sediakan. Ju ingat lagi, masa kecik-kecik dulu...abah selalu bawak kami jalan-jalan naik kereta ke Bagan Datoh diwaktu petang sebelum sampai waktu berbuka.

Abah, selama 19 hari abah di hospital. Memang dah ditakdirkan abah pergi tanpa kami disisi abah. Mak pun tak dapat bersama abah sebab abah menghembuskan nafas terakhir di dlm ICU. Mak pernah bercerita, mak sempat bagi abah minum masa abah dlm wad ICU. Kesian mak. Hari tu masa abah dah tak ada, Ju tak tahu macam mana mak dapat hubungi sedara mara. Masa tu mana ada telefon lagi kat kg.Ju rasa tengah malam kut masa tu, Ju dengar arwah wak Mamat datang berbisik-bisik dgn kak Ina di muka pintu rumah kita. Ju masa tu tak dapat nak tangkap citer yang abah dah tak ada masa tu. Ju tertido lagi. Tau-tau jer lebih kurang pukul 4 pagi, arwah edah, alang dgn abang ipin datang ke kuarters kita. Ju tengah tidur dgn kak Ina . Adik pun tengah tidur lena. Mereka datang sebab nak ajak kami balik ke rumah yang abah baru bina di kampung dekat dgn rumah embah. Rumah tu belum siap 100% lagi masa tu .

Abah, mesti abah tak percaya, subuh tu Ju naik basikal dgn adik, arwah edah, kak ina , abang ipin, abang alang ke rumah embah. Mak dah ada di rumah kita masa tu rupanya. Ju tak tahu siapa yang hantar mak balik dari hospital. Subuh tu tak ada orang lagi yg keluar pergi keje. Kami jer naik basikal tu. Tak teringat langsung nak mintak tolong jiran-jiran masa tu .

Sampai sekarang ni Ju macam tak percaya yang Ju boleh jadi berani masa tu. Memang dah biasa naik basikal pergi sekolah tapi tak pernah pulak lepas ke kg embah sejauh 6 km tu naik basikal , subuh pulak tu!!! Mungkin sebab masa tu Ju terkejut dgn berita abah dah tak ada tu.

Abah, Ju masih ingat Ju pernah sepak terajang abah masa Ju darjah satu , Ju buat hal tak nak pegi sekolah.hampir separuh tahun cam tu...bila pagi jer Ju menangis sampaikan van sekolah kena tunggu depan rumah. Maafkan Ju abah, Ju tahu abah dgn mak malu bila Ju buat perangai masa tu. Kekadang abah pulak yang kena hantar Ju ke sekolah...jauh sekolah SRKJ tu. Abah masukkan Ju sekolah aliran Inggeris supaya anak abah ni pandai english kut . Terima kasih abah.

Bila abah kata Ju kena tukar sekolah menengah yang dekat dgn kuarters, Ju masih ingat lagi, Ju menangis sampai bengkak mata malam sebelum nak register di SMKJ, maklum la kawan-kawan semua kat SMKJ...tapi Ju ikut jugak cakap abah. Ju ni degil kan abah tapi lepas tu Ju buat jugak apa yang abah dgn mak suruh buat . Sampai sekarang ni abah. Ju kekadang berkeras dgn mak bila tak setuju dgn sesuatu hal..tapi bila sampai masa, Ju buat apa yang mak cadangkan bila Ju rasa ada betulnya apa cakap mak tu.

Raya nanti, InsyaAllah Ju akan ziarah pusara abah di pagi raya bersama-sama mak. Biasanya kak Ina dgn keluarga dia akan ziarah sama macam 2 tahun yang lepas. Tahun ini, adik balik rumah mertua dia . InsyaAllah dia akan ziarah abah jugak nanti. Abah, air mata sesekali bergenang masa ini, jatuh berderai jugak tak tertahan rasanya. Abah rumah yang abah bina utk kami semakin usang tapi kami tetap akan kembali ke sana juga sampai bila-bila selagi Allah izinkan.

Sekian dahulu yer abah. Ju rindu kat abah. Semoga abah di letakkan bersama-sama orang yg beriman, Amin.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin