Luahan Rasa

Abah , seperti biasa bila hujung tahun maka banyaklah undangan ke kenduri majlis pernikahan/persandingan yang mak dapat. Ju menangis di dalam hati jer abah. Kalau boleh tak nak tunjuk muka. Kalau dulu, boleh la kata tak boleh balik, mak masih boleh pergi sendiri kalau kenduri tu kat kg . Tapi kali ini, nak buat cam mana abah? Kena jugak Ju bawak mak balik, takkan mak tak penuhi undangan ni. Pakcik Sohod jemput mak dgn Ju datang masa kenduri Angah pada hari raya yang lepas . Malu lah abah Ju nak tunjuk muka..angah yang jauh lebih muda dah berkahwin . Orang-orang kg yang kepoh mesti senyum2, berbisik2 selepas Ju bersalam dgn depa..sama masa kenduri Hana 4 tahun yang lepas dan kenduri Bain tahun lepas .

Nak cakap cam mana abah…tebalkan muka macam biasa jer laa..Sedih betul. Tapi mak tak pernah nak paksa dan bangkitkan soal kahwin pada Ju . Kalau mak bising, lagi la Ju sedih.

Abah…nak cakap Ju ada kawan pun ..nanti byk lagi soalan…sampai bila nak kawan? Org mana ? keje kat mana ? abih tu nak bagi nama siapa abah? Sedangkan Ju sendiri tak ada kepastian tu. Nak kata tak ada langsung, Ju rasa ada …nak kata ada ..betul ke ada? Abah tahu kan Ju ni jenis setia. Kalau dah betul ada kata putus …boleh Ju bawak diri…Ju tak boleh terima org lain kalau Ju dah sayang kat seseorang abah kecuali bila dia dah tak layan Ju lagi atau dia dah sakitkan hati Ju atau dia nak menipu Ju.

Abah..maafkan Ju sebab tak dapat nak ziarah kubur abah masa raya lepas. Keadaan tak mengizinkan. Tapi adik dgn mak pergi. Ju sedih abah ...



Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah