Mentari bersinar kembali...


Berita yang diterima beberapa minggu yang lepas adalah satu berita gembira yang tidak disangka-sangka. Berita apa? rombongan merisik ke? eheheh ..bukanlah. Namun berita ini rasanya menceriakan hati Kak Long yang sebelum ini, mula terasa bosan dan macam-macam rasa lagi yang terbuku di hati.

Berita yang di sampaikan oleh salah seorang bos di kampus sebenarnya amat di sambut baik oleh kakitangan di jabatan ini terutamanya kak long. Walau berita ini tak "official" tapi rasanya akan menjadi kenyataan.

Jabatan yang kak long terajui akan mendapat seorang Vice President yang lebih mudah di dekati, yang disenangi oleh ramai dan "cool". Walaupun sebelum ini dia bukan bos kak long tapi bila sesekali berbual ketika meeting , dia amat mesra dan kelihatannya amat mudah memahami.

Mungkin ada dikalangan kawan-kawan yang terbaca salah satu entri di blog ini, di mana Kak Long meluahkan rasa kesal, sakit hati, geram dan macam-macam lagi kerana merasa amat tertekan dengan kejadian-kejadian yang berlaku dan gara-gara bos yang tahu menyalahkan orang saja.

Mudah-mudahan dengan kedatangan bos baru ini, mentari 2007 akan lebih bersinar terang dan ketika ini juga, sinar-sinar itu telah mula menampakkan diri di sebalik awan di dada langit...InsyaAllah.


Image hosting

Comments

Abang Long said…
kalau abang long jadi Bos ?

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah