Jodoh...Mencari atau Datang Sendiri?


Artikel dibawah adalah temubual bersama Ustazah Zawiah Hassan, Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan JAKIM.


Photobucket - Video and Image Hosting


Persoalan jodoh adalah salah satu perkara yang tersirat dan kadang kala menjadi sukar untuk ditafsirkan. Statistik yang dikeluarkan oleh (LPPKN) tahun 2002 menunjukkan lelaki berumur antara 15-49 yang tidak berkahwin adalah sebanyak 3.1 juta manakala wanita 2.4 juta orang.

Perkahwinan adalah sunnah Nabi S.A.W. Malah Allah sendiri telah menentukan jodoh setiap insan. Jadi mengapa mesti ada individu masih tidak berkahwin lagi. Mengapa ini berlaku? Apakah faktor-faktor penghalang yang menyebabkan seseorang itu belum menemui pasangan masing-masing?

Mengupas isu ini Sinar Rohani menemu ramah Puan Zawiah Hassan Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan JAKIM.

Islam Menggalakkan Perkahwinan

Islam mengambil berat soal perkahwinan untuk kebahagiaan dan keharmonian manusia. Sabda Nabi S.A.W "perkahwinan itu sunnahku" dan "Tiada konsep membujang dalam Islam". Jelas Ustazah Zawiah.

Mencari atau datang sendiri?

"Mencari atau menunggu? Dua-dua boleh, akan tetapi dalam Islam kita disarankan kena sentiasa berusaha. Jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Allah. Namun tidak salah mencari calon pasangan, namun perlu ada batas-batas atau adab-adabnya."

Beliau menjelaskan mencari jodoh samalah juga konsepnya dengan rezeki,rezeki kita memang ditentukan oleh Allah tetapi kita tidaklah disuruh menunggu sahaja rezeki itu datang bergolek ke kaki kita. Ia perlu diperoleh dengan berusaha, begitu juga dengan bab mencari jodoh, ia juga perlu kepada usaha tetapi seperti yang dikatakan ada batas-batasnya. Contohnya seorang wanita sudah tentu dia malu dalam hal begini. Para wanita boleh menggunakan orang tengah untuk mencarikan jodoh misalnya ibu bapa dan kawan-kawan. Di sini pergaulan akan terjaga apabila wanita mengenali lelaki misalnya ataupun lelaki ingin mengenali wanita. Berbeza dengan waktu dahulu mungkin kita akan kata wanita menunggu jodoh mereka, sebenarnya tidak, di sana ibu bapa dan saudara mara bertanggungjawab dalam bab pemilihan jodoh anak-anak. Mereka akan menyelidiki latar belakang, akhlak terutamanya tentang orang yang ingin dijodohkan dengan anak gadisnya.

Ciri-ciri jodoh idaman

Beliau menambah bahawa Islam itu cukup indah sampai bab jodoh juga telah digariskan sebagai panduan manusia.Panduan telah diberikan oleh Rasulullah S.A.W. Di antara sihat-sihat calon isteri atau suami yang baik:

1. Keturunan yang baik

Pilihlah lelaki atau wanita yang dibesarkan dalam lingkungan yang beragama kerana persekitarannya itu akan membentuk akhlak yang baik.

2. Zuriat ramai

Sabda Rasulullah S.A.W:" Kahwinilah perempuan-perempuan yang berketurunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku." (HR Abu Daud dan An Nasai)

3. Dari Keluarga Jauh

Keluarga jauh atau tiada pertalian keluarga akan menambah kemesraan, kebahagiaan keluarga serta menguatkan keturunan serta melahirkan generasi yang cergas dan pintar. Sabda Rasulullah S.A.W :"Janganlah engkau kahwin dengan keluarga dekat agar anak-anak yang lahir daripadanya mewarisi kelembapan otak dan fizikal."(HR Ibnu Ady)

4. Keutamaan gadis/bujang

Dalam memilih jodoh Rasulullah S.A.W menganjurkan agar memberi keutamaan kepada gadis atau bujang. Sabda Rasulullah S.A.W: "Hendaklah kamu memilih wanit-wanita yang perawan kerana sesungguhnya mereka itu lemah lembut kata-katanya, boleh melahirkan anak yang ramai, kurang tipu dayanya, sentiasa cukup dengan yang sedikit".(HR Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

5. Beragama


Jangan hanya terpikat kerana cantik rupa wajahnya, berharta, berpangkat dan keturunannya semata-mata, namun faktor agamalah yang paling penting. Sabda Rasulullah S.A.W : "Janganlah kalian mengahwini wanita kerana kecantikannya, mungkin kecantikannya itu boleh mencelakakannya. Dn jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya, mungkin hartanya itu boleh menyombongkannya. Kahwinilah mereka kerana agamanya, sesungguhnya seorang hamba yang hitam warna kulitnya dan cupingnya berlubang besar tetapi beragama adalah lebih utama" (HR Ibnu Majah dan Baihaqi)

6. Berakhlak

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kahwinilah wanita solehah, sebab kesolehannya itu mempengaruhi suaminya"(HR Ibnu Majah & Ad Dailami). Begitu juga sekiranya wanita ingin mencari calon suami maka carilah yang berakhlak.

Tiada Jodoh atau Memilih?

Manusia yang normal wajar mempunyai kriteria yang ideal terhadap calon pasangan hidup yang diinginkan. Seorang lelaki yang normal inginkan calon isteri dari wanita yang berwajah ayu lagi cantik, dari keluarga kaya, cerdik,keturunan orang baik-baik, berakhlak mulia dan sebagainya. Begitu juga wanita. Ia inginkan suami yang tampan, kaya, bertanggungjawab, setia,berakhlak, memikat dan sebagainya. jarang terhimpun dalam diri wanita atau lelaki dengan sifat cantik atau kacak, cerdik, setia dan terdidik.
Akibat kriteria yang terlalu tinggi ini, atau mencari yang terlalu ideal maka ramailah lelaki atau perempuan yang lebih senang membujang. Selain daripada itu lelaki dan wanita lebih mementingkan kerjaya juga menyebabkan mereka terlupa untuk mencari jodoh. Bila dia sedar umurnya telah menjangkau 40an. Selain dari itu wanita atau lelaki yang berkerjaya juga merasakan mereka selesa dengan kehidupan yang sedia ada, dimana dia telah ada rumah, kereta dan harta yang banyak juga faktor halangan kepada perkahwinan.
Selain daripada itu terdapat "tragedi" di mana mereka melihat fenomena perkahwinan yang tidak bahagia, isteri atau suami kena dera, putus cinta atau cinta terhalang juga membawa halangan kepada perkahwinan. Ustazah Zawiah menambah atas halangan-halangan di atas usia mereka berlalu begitu sahaja tanpa ikatan perkahwinan dalam hidup. Ini sedikit sebanyak merugikan Islam demi melahirkan zuriat yang berkualiti.



Jangan Beri Tekanan

Berkahwin atau tidak berkahwin bukanlah masalah besar, tetapi isu ini menjadi besar dan memberi tekanan kepada manusia yang tidak berkahwin kerana masyarakat sekeliling contohnya ibu bapa atau kawan-kawan asyik bertanya bila? Bila ? Dan bila hendak berkahwin?

Bagi beliau tidak salah terus hidup membujang sekiranya memang telah tersurat tiada jodoh untuknya di bumi ini, mungkni ada hikmah disebalik ujian Allah itu. Mana tahu sekiranya dia terdesak oleh keadaan, dia berkahwin, tapi akhirnya tidak bahagia contohnya mendapat suami atau isteri yang kaki pukul(dera), suka berjudi, minum arak,bukankah itu lebih menyiksakan dari hidup membujang? Fikir-fikirkan.

Nasihat beliau bagi ibu bapa, masyarakat dan orang sekeliling" andai kata ada anak atau kawan-kawan yang masih belum berkahwin tetapi memang telah sampai masa dia berkahwin jangan beri mereka tekanan, beri mereka ruang untuk hidup bahagia. Sebaiknya carikan jodoh yang baik untuk mereka daripada memberi tekanan dengan soalan-soalan yang mereka sendiri sukar untuk menjawabnya".

-petikan dari Majalah Sinar Rohani : Pembimbing ummah yang diterbitkan oleh Jakim -

Oleh Haslinda Lukman/ Wan Esma Wan Ahmad

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
*Kegagalan di dalam pencarian itu sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran. Kak Long masih percaya segala yang telah berlaku mempunyai hikmah yang telah ditentukan oleh Allah. Serik mencari? tidak juga..tetapi bahagia kerana masih boleh terus berbakti kepada ibu sementara masih terdaya. Anda semua adalah penghibur dihati. Tidak ada tekanan dari mana-mana pihak.Anak-anak saudara adalah anak-anak kak Long juga...Apa pula kata anda?

Comments

Unknown said…
Salam Kak Long... cantiknya inai di tangan orang tu... eh, gelang tangan dia sebijik cam gelang tangan Opah De... ahakz.. itu pulak yang Opah De nampak, keh keh keh... baju pink pengantin (gambar bawah) cantik lerr... bunga kat tangan dia pun cantik. Leh jadi ilham utk majlis perkahwinan adik saya nanti. Sihat ke Kak Long?
Noushy Syah said…
Kak Long...seikhlasnya,semua yang bernama insan maukan berpasangan diikuti dengan ikatan perkahwinan yang sah.Namun tak semuanya menjadi kenyataan kan perhaps atas sebab2 tertentu...tapi bagaikan satu kerugian pada diri seseorang yang tidak mempunyai zuriat dan waris keturunan sendiri walau macam Kak LOng kata tuh, anak2 saudara ada dan semuanya ada...akan tiba masa bila diusia menjangkau tua, kehibaan itu akan tetap mendatang...

2/Seseorang insan yang tak bernikah tak akan tau "nikmat " dunia! JIka yang beriman mmg bole menjaga atau mengawal bila keinginan dtg, namun yang kurang iman akan terpedaya melakukan perkara2 yg dilarang dalam islam dan ugama...

That is my honest opinion Kak LOng..dan ada jugak yang tak berkawen tu sebab terlalu memilih tanpa meikirkan akan keadaan diri sendiri,,mmg boleh memilih tapi kita cermin akan diri kita sendiri jugak kan Kak LOng..memilih yg sepadan dengan kita..:)
Juezura said…
Memang betul kata Noushy...of course kita terasa sunyi dan terasa rugi. Akan tetapi segala keinginan kita boleh diketepikan atas sebab2 restu keluarga dan juga sebab2 tertentu. Jika kita suka..tetapi keluarga tak suka, maka tak menjadi juga. Kita perlu memilih yang sepadan dan bukan tangkap muat jer Noushy...pengorbanan itu perlu utk kesejahteraan semua orang yang berada di samping kita..bukan kita nak hidup dgn suami kita jer. Cermin diri sendiri..pernah ikut kata hati tapi akhirnya hampir tersalah pilih...
Juezura said…
Salam Raina. Memang cantik inai dijari pengantin di dalam gambar tapi malang bukan jari2 kak Long ni hah...ehehehhe. Bolehlah buat baju pengantin utk adik Raina cam dalam gambar tu ..:-)
Abang Long said…
cari, jangan tak cari ... lepas tu dia datang sendiri ... itulah dinamakan JODOH.
Juezura said…
eheheh abang long...kat mana nak cari ek?? leh carikan tak?? sabo jer laa ..ahaks
Kassim Selamat said…
zura...jika di dunia ini tidak bertemu mungkin disana nanti ada yang menunggu, mungkin lebih lagi..InsyaAllah.
Kassim Selamat said…
maksud sy 'lebih baik lagi'...hehehe tertinggal lak
H@iRiE said…
Betul Kak Long.Ada hikmah disebaliknya cuma kadang kala kita yang tak tahu.
Juezura said…
eheheh KS...kalau boleh nak lah ada cinta di bumi Allah ini. Kalau ditakdirkan tak ada pun Kak Long redha.


Terima kasih Hairie :-). Hikmah yang telah kak long perolehi ialah dapat memberi perhatian kepada mak kak long. Tak terbalas budi org tua kita
Anonymous said…
assalamualaikum kak long terima kasih di atas mesej2 kak long nie banyak berikan kesedaran kepada saya,hmmmm saya banyak kali gagal dalam mencari jodoh ada org kata saya nie terlalu advanced kepada seseorang gadis sebenarnya saya ikhlas dengan seseorang wanita itu yelah dalam hati siapa tahukan .Thanks kak long
Juezura said…
Waalaikumsalam anoy :)

kak long sekadar berkongsi apa yg kak long telah baca bersama-sama rakan2 :). Kita ambil mana yg baik sahaja sbg panduan okey :)

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini