Monday blues...




Ihiks ..bila tengok kat tajuk entri macam nak cerita kisah yang tak best jer tapi sebenarnya tidak. Semalam Kak long off ...pasal kerja hujung minggu..so hari Isnin hari rehat "rest day". Apa-apapun kak Long nak cerita pasal aktiviti kak Long semalam.

Kelmarin bila adik kak long mintak tolong hantarkan dia ke KLIA...kak long senyap jer. Jawab Ya tidak...jawab Tidak pun tidak...eheheh banyak betul tidaknya. Mak kak long tanya "pukul berapa?". Adik kak long jawab "kenapa?". Kak Long diam jer...ahahahaha..adehhhh ada cerita disebalik pertanyaan mak itu.

Sebenarnya Kak Long pernah sesat masa balik dari hantar adik ke KLIA sebelum ini. Lama dah ...masa tu dia dengan famili nak ke Gold Coast, Australia..ehehehh mak ada kat sebelah masa tu jadi co-pilot tapi co-pilot pun tak pandai jalan. Silap tengok papan tanda..terus ke Lebuhraya Elit ..ahaks ...masa tu kak long fikir ..apasal tak jumpa2 masjid KLIA ni..tadi datang ada nampak masjid ...huhuhu..




Co-pilot masa tu lagi panik...ahaks..tapi Kak Long menten cool...fikir mesti ada jumpa exit or u-turn kejap lagi....tak lama lepas tu nampak ler sign board arah ke Seremban...huaaa lega..ahaks ...bayar jer tol...terus jumpa exit ke Nilai..masuk Nilai dah kira selamat ..lagipun selalu ke Nilai 3 utk shopping..ahahahah. Masa tu bila nampak signboard Staffield Golf Club..ahaks ..lagila happy sebab dah memang sah..tol tu menghala ke Nilai...hua hua ...ingat tadi dah sampai ke JB pulak...ekekekek.

Tapi semalam masa adik drive ke KLIA ..kak long memang perati abis jalan ...ehehe pasal ada 3 roundabout dari Nilai ke KLIA tu ..ahaks ....adik kak long cakap...ambik jer simpang pukul 12, utk 2 roundabout..lepas tu last roundabout ..ambik simpang pukul 3..tapi masa balik...simpang kul 3..jadi simpang pukul 9...ahahahahah kalut betul kak long .

Anyway, dalam pukul 12.10 tengahari, kami sampai di hadapan balai berlepas KLIA. Selepas lepas adik dah turun..kak long pulak drive dan terus balik..mana leh lama2 kat depan balai berlepas tu ..ahaks ..tak pasai2 dapat "surat cinta" dari polis trafik. Anak sedara kak long si NurDini dah tidur kat seat belakang..ihiks..ingatkan ajak dia jadi kawan tapi dia dah tertidur sejak dari awal perjalanan lagi...sampaikan abah dia turun kat KLIA pun dia tak sedar.

Dalam perjalanan...bawak slow jer kereta ..ahaks ....tapi konfiden. Bila dah betul masuk exit ke Nilai dan Banting...wahh....happy sebab no problem laa lepas ni ..ekekekke tak sesat lagi. 40 minit dah sampai ke rumah dah..ihiks ..kalau bawak laju 30 minit dah sampai..huhuhu..

"Biar lambat asal selamat". Lepas ni InsyaAllah tak sesat lagi bila pergi ke KLIA...tapi balai berlepas la ...kalau suruh pergi bahagian lain...huhuhu..."no comment".

Photobucket - Video and Image Hosting

Comments

Anonymous said…
Kak Long...sy pn pernah alami..husben sy g T'ganu flight pagi blk flight mlm...lupa dia park kete kat mana...huhuhu..sejam dia melilau dok cari keter...

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini