Kenapa...


Apa reaksi anda apabila mendapat tahu salah seorang rakan baik anda di zaman persekolahan telah berkahwin dan anda tidak mendapat kad undangan sedangkan ada rakan yang memberitahu mereka mendapat kad undangan walaupun dah "last minute"?


Perlukah anda bersorak "yeayyyyy" ...tak payahlah beli hadiah atau susah2 fikir nak pergi ke tidak ke kenduri itu? atau pun anda merasa terkilan kerana lambat mendapat berita dan terasa anda dipinggirkan?


Perasaan bercampur aduk apabila kejadian di atas benar2 terjadi kepada diri sendiri baru2 ini. Sedih ada..keliru ada, musykilpun ada...dan pertanyaan2 yang muncul di benak ini, dia dah tak nak kawan dgn aku ke? atau dah lupa kat aku? atau terlupa atau sengaja buat2 lupa? kalau kawan2 lain boleh dihubungi melalui panggilan telefon dan kad juga dihantar, kenapa tidak aku? Kalau dah memang nak sorokkan perkahwinan, biar semua kawan2 tak dapat undangan, so tak adalah kita ini dapat berita basi.


Walau apapun..selamat pengantin baru diucapkan kepada rakan ku itu...

Comments

Abang Long said…
Bersabarlah, ada hikmah tersembunyi. Abang long sendiri sewaktu berkahwin 20 tahun yang lalu, terlupa mengajak seorang sahabat ke majlis. Buka disengajakan.
Ummi Damia said…
kak zue, maybe dia takde contact number akak kot? ape kate, akak sesaje call dia tanye kabar..mybe dia terlupe la tu..
mad redo1 said…
terasa hati juga kalau terjadi perkara sedemikian rupa, harapnya alasan yang diberikan nanti kukuh tertanam dan tidak layu ditiup bayu...

hehehe...
Anonymous said…
Happy Wednesday! Bloghoppin' here... Hey, I have an interesting tutorial for you that I have written myself. It is about adding Adsense on your Single Post in XML template. I hope you'll like it! God Bless you!
Juezura said…
Abang Long-->Agaknyer laa dia terlupa..
Juezura said…
Ainil-->kenapalah agaknya dia tak mintak kat kawan kami yg tinggal dekat rumah akak tu no tel kalau dia tak? dan dia boleh jugak email sebelum dia nak balik nikah tu..agaknyer adalah alasan dia tersendiri tu.
Juezura said…
mad_Redo1-->zue dah dapat tahu dari seorang kawan lain bahawasanya pengantin baru ini mmg nak bagitahu yg dia nak bernikah last minutes dan tak kisah kalau kawan2 dia tak dtg majlis perkahwinan dia. Tapi sudahnya dia bagitahu juga tapi pilih2 kwn.

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah