Posts

Aktiviti Santai di penghujung 2008

Image
Jalan-jalan di Metro Point Kajang. Bermula dengan window shopping, last2 terbeli juga beberapa pasang kain..huhuhu sepasang seorang. Bila penat dan haus singgah ler makan pulak. Shopping itu terapi ...ekekeke Masa Nabil, Dini, Nu'aim ada di rumah dan kak long cuti, kami lepak di tepi tasik sebab dah jemu duduk depan TV..ehehe santai ambik angin sepoi2 bahasa di tepi tasik.Iqa dok menung mengawasi Nabil dan Nasyirat yang sibuk konon nak tangkap ikan dengan botol plastik..ehehehe. Huhuhu...gambar di atas di ambil semasa menunggu Opah diorang ni beli barang dapur. Suka memerhatikan keletah budak kecik yang tomei ini dengan gitar mainan dia ..ehehehh beriya2 dia bergaya. Nabil selalu ada bila kami jalan2 di Nilai 3. Huhuhu gambar barang yang kami bawak balik dari Nilai 3 tak ada p/s : Esok, 1 Jan 2009 InsyaAllah balik kampung. Doakan kami selamat sampai yer. Kak long nak hantar Iqa balik . Sementara tunggu result SPM dia nak belajar memandu bersama2 kawan2 dia di kampung.
Image
Makan malam di hujung minggu.meh makan sekali
Image
Meh makan.Makan dgn budak2 kecil kadangkala menguji kesabaran. Ehehe kalau mereka buat kecoh,mengamuk atau merengek di meja makan,memang tak senang nak makan. Betuk tak?sebab tu kena sabo!seronok kalau budak2 tu mendengar kata masa makan kat luar.

Cuti..

Image
Selamat bercuti untuk yang bercuti ..selamat bekerja kepada mereka yang bekerja ..dan selamat memasak untuk mereka yang suka memasak ..ehehe bolehlah yang bercuti ini menumpang makan. Merapu pulak dah di petang Ahad ini..ehehhe. Saya akan bercuti selama seminggu ini dan akan kembali semula InsyaAllah pada 30 Disember. Semester baru akan bermula pada 30 Disember, so kami akan mula sibuk melayan kerenah budak2 kat UNI ini. Tapi cutipun rasanya kena juga ambik tahu jugalah email ofis kut2 ada yg penting. Hmmm...cuti pun kena fikir pasal kerja..ahaks. Sementara cuti ini, kalau sempat update, kak long update blog ini yer. Sambil2 tu fikir2 apa azam di tahun hadapan ?

Mimpi lagi..

Entah apa yang bermain di fikiran sehinggakan diri ini termimpi-mimpi. Walau kita tak boleh percaya kepada mimpi namun masih ada terselit rasa bimbang. Sampai 2 kali kak long berpimpi malam /subuh tadi. Pertama, kak long bermimpi anak saudara kak long kemalangan.Dia datang mengadu kepada kak long dan apabila di lihat tidak ada luka yang ketara tetapi dia di dalam keadaan terkejut. Di dalam keadaan kelam kabut itu, kak long terjaga dari mimpi. Kali ke 2 kak long bermimpi kak long menaiki motosikal dan tiba-tiba di himpit oleh kereta yang mengelakkan sesuatu di tengah jalanraya sehingga kak long terbabas dan terjatuh dari motosikal. Di dalam mimpi ini kak long terjatuh sebanyak 2 kali dan di himpit/langgar oleh 2 buah kereta yang berlainan. Di dalam mimpi itu, kedua-dua pemandu kereta itu telah lari dari tempat kejadian. Ya Allah, lindungilah keluargaku dari segala mara bahaya dan hanya kepadaMu kami memohon perlindungan.

Internal Audit Lagi

Kelmarin dapat email ini: Dear IQAs, The Internal Audit is scheduled to be carried out from 22nd Dec 2008 – 9th Jan 2009. As such, we would like to call for an Internal Audit Preparatory Meeting. The details are as below: Date: 19th Dec 2008 (Friday) Time: 3.00pm Venue: Boardroom isk iskk ...ada ke yang attend meeting ni nanti? ntah berapa kerat ler yang ada. Dah hujung2 tahun macam ni ramai yg cuti ..yang ni pulak baru hantar reminder . Bila tengok schedule audit tu...teman yang paling banyak dept kena handle...hmm partner yg sorang tu teman tak pernah bekerjasama dgn dia sebelum ini. Harap2 tak de laa teman kena buat semuanya nanti sebab awal 2009 nanti teman akan lebih busyyyyyyy nampaknyer dgn internal audit yg kena habis sebelum 9 Jan. Walau tak ada apa2 imbuhan buat keje extra ini.. Sabo jer le!!!

Siri TV retro kegemaran saya

Image
Huhuhu hari ni dah tak ada idea..so mak long ni mengimbau kenangan lama. Suatu ketika dahulu ( sampai sekarang masih ingat),saya suka menonton banyak siri TV..tak kira drama, komedi atau action seperti.. Moonlighting..siri tv di mana Bruce Willis menjadi hero ... Remington Steel ..drama action dan penyiasat persendirian yg romantik dan kelakar Oshin .. citer Jepun ni best..sedih ada,kelakar ada..ehehe walau berhadapan dgn kepayahan, akhirnya berjaya juga hidup senang..dari dia kecil sampai menjadi nenek.. Six Million Dollar Man and bionic woman yang original tau..bukan yang remake yg kuar kat tv baru2 ni..eheheh( mana boleh pisah kedua siri ini, ada kaitan arr..ehehe) Battlestar Galactica (huhuhu apasal kita suka citer ni hah?? sebab jalan cerita atau sebab watak hero dia yg handsome..ehehehe BJ and the Bear ( hahahah..travel sekali naik lori dgn "Bear" the monkey) 8 Is Enough( suka tgk famili dalam citer ni kecuh2 sebab kita berdua beradik jer..ehehe...