Oh No!!...tak halal ??


Sekadar berkongsi maklumat..

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1)McDonald 2) A&W 3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM
kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station 2)Kam Lun Tai 3) Lotus Family

Restoran-Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse 2)Chicken Rice shop 3)Kiwi Express

5. untuk makluman coffee bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM maka coffee bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini tetapi starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.

6. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya
tidak pernah mendapat
pengesahan halal JAKIM
, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan
makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

7. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chinoz On the Park, Dome CafÃ*©, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang
mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

8. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

9.
Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

10. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

11. pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

12. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan
semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

waallahua'lam

Comments

Anonymous said…
heh heh heh ab pernah check tak sup asam pedas tuh pi mintak pengesahan halal tak??? jum pi A&W....
Anonymous said…
ehehehe woitt KD...ko menyorok kat sini ek!! YM problem la ...klau ko tegur aku tak reply tu maknanya aku tk dpt la msg ko tu..eheheh sup asam pedas tu klau wujud lagi dah sah halal...ahahahha....jum ler A & W..ko bawak family ko ke?? ekekek

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah