Posts

Showing posts from December, 2007

My Wish For You...

Image
Dear Friends... To your home….. Warmth To your heart…… Faith To your soul……. Joy May Allah bless you with all that is beautiful and pure! Have a great holiday! Happy New Year...

Ku Mahu

Image
Sesaat ku terkesima Pada indah personamu Sekilas kau senyum padaku Ku larutkanmu dalam kasihku Sesaat ku terpesona Pada warna ceriamu Sayangnya telah ku hidu Semua paparanmu palsu Indah impian cintaku Namun realiti tak seharum Yang ku impikan kerna Cintamu tak sejati Ku mahu kesetiaan dan kejujuran Kasih sayang yang tiada bersempadan Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan Namun kau hanya mampu memberi janji palsu Yang ditabur terdorong hawa nafsu Semua yang kau beri tak bernadi dan tak kan menjadi erti Selamanya takkan ku lupa Kau ajar ku seksa Kau pandai berkata-kata Hingga aku derita Selamanya ku berjaga-jaga Tak sanggup ku terkena Cukuplah sekali terluka Kan ku ingat sentiasa Indah impian cintaku Namun realiti tak seharum Yang ku impikan kerna Cintamu tak sejati Ku mahu kesetiaan dan kejujuran Kasih sayang yang tiada bersempadan Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan Namun kau hanya mampu memberi janji palsu Yang ditabur terdorong hawa nafsu Semua yan

Aduhai Kelabu Mata Hitamku

Image
Sejak 2 menjak kebelakangan ni mata semacam susah nak fokus laa pulak. Spek ni baru jer..hmmm baru tak baru tapi dah lebih setahun ler ...ehehehhe. Huhuhu jangan ler pulak makin rabun mataku ini . Hmmm mungkinkah kena tukar yg ada kombinasi rabun jauh dan dekat ..Oh noo..maklumlah dah tua ni kan..ahaks. Pernah sekali last month, masa nak bagi briefing, kak long boleh tak nampak ler pulak perkataan yg tertulis kat handout yg kak long bawak, dah ler masa tu lampu kat depan hall tu di OFF separuh sebab ada slides sedang ditayangkan...aduhai.Naik kelabu mata hitamku...eeheheheh.Kalau tuko biru tak pe gak...eheheh. Sebab tu kak long risau bila memandu dlm hujan di waktu malam dan elak dari memandu di jalan yang gelap diwaktu malam kecuali terpaksa. Huhuhu esok nak balik kampung selepas habis kerja pukul 5 ptg, InsyaAllah sampai kampung selepas maghrib, doa2nya cuaca elok sepanjang perjalanan..

Salah jugak ke..

Image
Bila staff hantar sms, "akak, esok saya EL" ..kak long jawab "ok". "akak, saya EL hari ni", pun ok...tapi kalau nak EL pun tengok2 laa alasannya. Tengok jugalah ada berapa orang rakan yang sedang bertugas. Kalau dah tinggal seorang nak jaga dept, kena fikirlah jugak bila nak ambik cuti tu. Ni kita dah tahu awal2 yang dia akan cuti hujung tahun walaupun dari orang lain kita dapat maklumat tu...kita diam jugalah sebab nak tengok betul ke tidak....kita bagi juga dia cuti walaupun terpaksa ubah perancangan awal. Bila ada staff sms, nak EL, tak pernah pulaklah kak long ni kata TIDAK, at least pandai2 laa depa ni tukar shift atau mintak kawan gantikan giliran dia , so kak long tak kisahlah sebab kalau kak long EL pun ada yang sanggup menggantikan, dan ada juga yang bagi alasan tak nak . Setiap kali ada sms mintak EL dengan alasan anak tak sihat, orang yg jaga anak tak ada, saya tak sihat, saya itu..saya ini ..kak long tak kisah, betul ke tidak alasan itu, terpu

First Letter Of Your Name...Z

Image
Layan tag dari Noushy ..aduhai kerut2 dahi dok fikir jawapan ...eheheheheh. Saja ler tu noushy nak menambah kerut di dahi kak long ni ..ahaks. "Z for Zuraini" Here’s the rules of the thumb: Use the first letter of your name to answer each question. Must be places, names…Nothing made up. Can’t use own name for boy/girl’s name question. If can’t answer, skip to next one. 1. Famous Singer: Zoe Tyler ..kira famous la ek noushy sbb dia pernah buat recording ..now jadi vocal coach ...ehehehhe main letak jer nama ni 2. Four Letter Word: ZERO 3. Street: err....Zainal Abidin Street , Penang ( ehehehe direct translation of Jalan Zainal Abidin) 4. Colour: Zinc orange /zincgelb 5. Gifts/Present: Zinnia (flower) 6. Vehicle: Zeppelin-the rigid airship 7. Things in Souvenir Shop: zig zag letter opener 8. Boy Name: Zahrul 9. Girl Name: Zureen 10. Movie title: Zorro: the legend of ... 11. Drink: Zappel -apple flavour soft drink... 12. Occupation: Zookeeper 13. Celebrity: Zed Zaidi ( malaysia

Sayang Anakku Sayang

Cute sungguh...eheheheheheh.

Kawan baik...

Image
Susah kak long nak katakan di sini tetapi kak long tidak ada kawan baik. Semua kawan kak long adalah kawan biasa. Kak long sendiri merasakan yang kak long bukanlah seorang kawan yang baik, yang sentiasa ada di sisi kawan yang memerlukan. Ini kerana kak long selalu menghampakan permintaan dan undangan kawan-kawan. Kak long boleh berkawan dengan semua orang tetapi hanya sebagai kawan biasa. Orang yang tidak mengenali tidak akan memahami situasi yang di hadapi...

Masihkah Kau Ingat...

Image
To all my friends out there... Pucuk pauh delima batu Anak Sembilang di tapak tangan Biar jauh beribu batu Jauh di mata di hati jangan..

Saja nak mengomel...

Image
Kali ni nak cerita lagi sikit pasal trip ke tanah tinggi Cameron hujung minggu lepas. Salah satu tempat yang kami pergi ialah Boh Tea Centre. Perjalanan ke ladang Boh agak mencabar. Bukit yang sejauh 2 km terasa seperti berkilo-kilo meter jauhnya sebab jalannya sempit dan berliku2. Lebih kurang jalan naik ke Frasers Hill tu laa ...huiyoooo at least kat Fraser tu kenderaan utk naik dan turun pada jangkaa masa yang telah ditetapkan. Lain pulak kat ladang Boh ni...isk iskk kalau kereta berselisih pun kena slow2 dan siap kena berhenti atau reverse kalau dah tertembung di jalan yg tak boleh nak selisih. Amatlah menacabar apabila terpaksa berselisih dengan bas yang membawa pelawat2 . Haiyaa bas tu pulak mentang2 laa itu jalan dia ...eheheh punyerlah laju dia bawak..ada yg tak nak mengalah tu ...nak lepas diri jer ...cissss. Ada sekali tu , kereta kami di hadapan dan tiba2 terserempak dgn bas. Adik kak long terpaksa undurkan kereta ...kak long dgn mak dah jerit kata ada kereta kat belakang y

Cuti @ Cameron Highlands

Image
huhuhu jinak Ooo rama2 ni..ah aks Kak Long agak sibuk sejak balik dari bercuti. Sepanjang di Cameron Highlands, boleh dikatakan sepanjang masa hujan.Oleh sebab itu cuaca di sana sejuk dan angin bertiup kencang...cuaca adalah lembap secara keseluruhannya. Dalam hujan gerimis dan di antara waktu2 yang tidak hujan itulah kami sempat juga jalan2 di sana. Inilah sebahagian Gambar-gambar di Cameron Highlands ,sila klik di sini Nasyirat nak manja dgn Opah ler tu..ehehhe mak kak long bersama Nurdini, Nabil dan Nu'aim Macam-macam jenis teh Boh ada kat sini...

Jom kita ...

Image
Walau hanya bercuti selama 3 hari 2 malam tetapi kak long rasa teruja nak pergi ke Cameron Highlands ni. Bukan apa, Cameron ni kalau dari kampung tak la jauh sangat tapi tak pernah sampai lagi...huhuhu. Lagi pulak pergi dengan famili, anak-anak sedara semua ada, harap2 meriahlah cuti kali ini sepertimana meriahnya percutian di Langkawi 2 tahun lepas. Setakat sampai ke kawasan perkelahan di kaki banjaran Titiwangsa ini kak long pernahlah pergi sendiri...ihiks. Jom ramai-ramai kita pergi bercuti..rehatkan minda yang mungkin sedang kusut masai atau sedih atau keliru atau sedang marah...meh kita bawak2 bertenang...

Bukan tak Sayang...

Image
Apabila membaca entri di blog arsaili tentang kisah beliau melawat Menara Pisa di Itali dan membandingkannya dengan Menara Condong Teluk Intan , kak long teringat akan lambang bandar Teluk Intan ini yang belum kak long naiki. (Lalu lalang kat bawah dan tepi menara dah beribu kali) ehehehehhe. Adehlah...malu betul!. Bukannya jauh sangatpun Menara Jam tinggi ni dengan rumah kak long di kampung,hanya kira-kira 45 minit kalau memandu tapi hairan jugak tak pulak kak long teringat nak naik.Kalau tak silap dulu memang boleh naik ke atas menara tu tapi tak pastilah pulak sekarang ni kut dah di banned pulak...ahaks. Rugi ler pulak rasanya. Dataran kat bawah menara condong tu sentiasa ada ekspo..pelbagai ekspo dari barangan rumah, binatang eksotik dan lain-lain. Untuk tambah pendapatan majlis daerahlah kut sewanya tu ..ehehehe. Orang lain tak pastilah pulakkan..tapi kak long rasa kita ni selalu sangat lupa atau tak sedar( tanpa sengaja) akan kesan2 sejarah yang ada berhampiran kita. Silap2 har

Maaf jua..

Image
..dipohon maaf kepada rakan-rakan yang pernah menjemput kak long untuk menghadirkan diri ke majlis atau perjumpaan di rumah mereka atau di mana juga. Niat di hati memang ingin nak memenuhi undangan tetapi apabila sampai masanya kak long tidak dapat pergi kerana mengutamakan keluarga. Kak Long sebenarnya selalu mendahulukan keluarga dan kadangkala walaupun mengenepikan keperluan diri tetapi kak long sedaya upaya cuba membantu dan tidak sampai hati nak kata tidak... Kak Long tidak menyalahkan anda jika anda merajuk hati dengan kak long kerana kak long memahami. Dato' Dr. Hj.Fadillah Kamsah kata apabila lahir pada 23 mac, orang itu adalah "makhluk 2 alam"..huhuhu bukan biawak weh tapi seseorang yang lahir pada 23 mac, orang itu memang penyayang, suka mengutamakan orang lain. Beliau juga seorang yang suka di kelilingi oleh ramai orang dan kadangkala beliau suka menyendiri dan bertenang. Itu adalah kak long. Maaf sekali lagi...