Cerita 5 hari


Sejak Jumaat lepas lagi sistem pengurusan perpustakaan kami menghadapi masalah teknikal. Jenuhlahj kami menjawab segala persoalan dan komen dari pelajar2. Masalah berlanjutan sehingga semalam tengahari. Sistem pulih sehingga pukul 7 malam dan akhirnya "error" lagi sehinggalah pagi tadi. Aduhai memang rasa tak menang tangan menangani permasalahan ini. Tambahan pulak kerja2 pengubahsuaian tengah rancak berlangsung( ahahah macam ada siaran "live" kat TV jer).


Sabtu, konvo kat sini ( gambar tak keluar lagi)..eheheh nanti upload kalau dah ada. Sabtu, Library tutup....ahad minggu ni kami tutup. Bolehlah rehatkan minda sedikit.


Sejak Isnin ,bila balik semua orang rasa lenguh seluruh badan terutama kaki sebab banyak berdiri dan bergerak...ahahah bersenam ketika bekerja. Kak long semalam dgn hari ni siap bawak balik ke rumah kerja2 pentadbiran sebab siang hari habis dgn kerja2 di kaunter.


Tambah pulak tan cukup sorang staff sebab Hana terjatuh di tangga di bawah blok perpustakaan ini Sabtu lepas dan akibatnya tulang tapak kaki dia mengalami retak halus yang menurut kata Hana amat sakit tetapi doktor kata tak perlu simen.


Tengah malam semalam kak long siap kena marah melalui telefon hanya disebabkan budak IT tak boleh nak perbetulkan server sebab pintu sementara yang kami guna sejak "renovation" bermula ter"lock" sendiri dan mereka tak ada kunci. Pintu depan pulak budak2 library dah "lock" dari dalam. Aduhai...alhamdulillah Azlan masih belum tidur dan rumah dia paling dekat dengan kampus dan dia dengan sedaya upaya membuka "padlock" pintu utama dari luar melalui celahan pintu seluas 2 inci...syukur yang amat. Dah la terkejut dari tidur tgh malam buta pukul 12 malam, last2 kena marah. Rasa menggeletar seluruh badan masa bercakap dgn Azlan mintak tolong dia pergi ke kampus. Masa nak buat panggilan dah cuak dah sebab manalah tahu dia tak jawab panggilan dari mak long dia ni...huhuhu...nayaaaa!!! tapi syukurr sesangat.Pengajarannya bermula dari hari ini, pintu utama akan di rantai dari luar sahaja.


Ada beberapa kerja yang tertangguh dan harapnya dengan sekembalinya Hana nanti, semua kerja yang tertangguh boleh selesai.


Beberapa minggu ini terasa dugaan datang bertimpa-timpa dan kak long harap kak long dapat selesaikan satu-persatu mengikut kemampuan diri ini dan terima kasih juga di atas bantuan dan kerjasama kakitangan jabatan ini yang faham akan masalah yang berlaku.

Comments

kuIna said…
banyak2 bersabar ya kak long...
Kak Zue,
Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik.......
Juezura said…
Ku Ina---TErima kasih. InsyaAllah akak banyak bersabar
Juezura said…
kak Long mawar merah-->InsyaAllah kak long..itu juga harapan saya supaya semuanya dapat diselesaikan dgn baik.

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah