Posts

Showing posts from May, 2009
Pengorbanan tidak perlukan balasan? Cinta tidak perlukan ungkapan kata-kata?ehehe otak tak berapa nak betul so entri malam nipun entah apa2! Tapi ada sesapa nak komen persoalan ini? Sila2 beri pendapat anda.

Pergi tak kembali

Berita terkini yang diterima dari sepupu kak long Lan,mak dia dah tak ada. Makcik menyahut panggilan Ilahi pada kira2 pukul 10 malam tadi. Innalillah...semoga Rohnya diletakkan dikalangan orang2 yang beriman.Ameen.

Kritikal

Masih ingatkah tentang cerita kak long pergi PPUM beberapa bulan lepas kerana ziarah mak cik yg tak sihat?hari ini sekali lagi kak long ke PPUM tetapi kali ini makcik,kesihatannya semakin merosot.Selasa lepas masuk ICU selepas rawatan kemoterapi kali ke 4. Baru tahu hari ni rupanya dia menghidap kanser paru2. Sedih melihat keadaan makcik. Segala yg berlaku adalah ketentuan Allah swt. Semoga makcik cepat sembuh dan dpt bersama keluarga tercinta.Ameen.

Sabar

Bukan tak pernah bersabar sebelum ini tetapi sejak akhir2 ini tahap kesabaran benar2 diuji. Kusut rasanya memikir. Apapun berisgtifar mampu meredakan kemarahan dan kekeliruan ini.

Banyak Kerja

Maafkan saya...saya sibuk yang amat. Kalau sempat update malam..saya update cerita, kalau tidak, maknanya malam pun saya berfikir dan terus berfikir. Audit, Renovation..bla bla bla..hmmm.
Image
Hari khamis dapat panggilan dari ofis. Hari ini dah berada di PD.Mengejut jer tak ada angin sepoi bahasa pun pasal dilantik jadi ahli senat universiti tetiba terus kena join summit. Penat dan sakit kepalapun datang.SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!

Dugaan lagi..

Image
Entah macam mana kaki mak tersepak buaian besi malam semalam. Bengkak teruk juga dan payah nk gerak. Bila xray tak ada tanda retak atau tulang patah. Alhamdulillah cuma esok kena cuti pasal tak sampai hati nak biarkan mak masak dan kemas rumah dgn kaki yg cedera. Lagipun Doktor nasihatkan mak supaya kurangkan berjalan.

Satu persoalan

Image
Takut dan gementar dengan ugutan yang diterima semalam. Apa yang perlu dilakukan? hmmm..usaha,doa dan tawakal sajalah. Do it or leave it? I choose to do it and go through all the obstacles!! Mampukah aku?

Apabila auditor menjadi auditee...

Image
Minggu ini minggu audit dalaman. Hari ini ada 2 tugasan mengaudit registrar office dan sebelah petang, nak audit purchasing department. Esok kena audit School of music dan School of Social Science and Liberal Arts. Jabatan sendiri akan di audit pada Rabu ini. Tak ada mood nak mengaudit sebenarnya tapi terpaksa demi menjaga standard dan procedures yang telah ditetapkan. Auditor dan auditee kena bekerjasama bagi memudahkan urusan audit dalaman. Bulan depan, harapnya jabatan ini tidak menjadi pilihan auditor luar yang dilantik untuk di audit. Ihikss...

Mangsa Pecah Rumah

Image
Minggu lepas, semasa balik ke rumah kampung, baru kami sedari rupa-rupanya rumah telah dimasuki pencuri. Ya Allah, masa ternampak pintu depan walaupun masih ber padlock, tetapi nampak longgar sebab kunci selak dari dalam telah dibuka. Apabila dibuka pintu, mak jeling ke kanan, sah..TV yg adik beli raya tahun lepas lesap. TV yg lama, yg anak2 sedara buat main game yang terletak di rumah tengah pun lesap..Uwaaa sedih gilerr. Bila diperiksa lagi, 2 buah kipas meja , sebuah vakum dan 2 biji tong gas pun turut lesap. Dalam hati dah menyumpah...iskk. Kesian tengok mak yang macam terkejut sebab selama berbelas tahun rumah tu ditinggal2kan tak pernah terjadi kes sebegini tapi itulah dugaan Allah buat kami sekeluarga bertimpa2. Rupanya pencuri tu masuk ikut bumbung dapur dan kopak dinding rumah untuk buka selak pintu ke rumah tengah dan anjung. Jiran2 tak perasan sebab dia letak elok ajer pintu dapur yang dia dah pecahkan kuncinya tertutup. Hmm..sabar ajerlah. Dah setakat itu ajer rezeki nak

Happy Teacher's Day 2009

Image
To All teacher's out there And especially For teacher's that have dedicated their life to teach and guide me during my journey from primary, secondary and throughout my college days, thank you teacher...thank you sir!!

Donate Blood Donate Life

Image
In conjunction with International Nurses Day on May 12, Nursing school of our university as in previous years has organised blood donation campaign today at the lobby. I have donated my blood 2 times before but unfortunately due to my health condition, I no longer eligible to donate my blood. You, readers, have you donated your blood before or you have any intention to do so in the near future? You may do so at Pusat Darah Negara or at any hospitals in Malaysia. Anyway, thank you to the team of doctors and nurses from National Blood Centre or also known as Pusat Darah Negara. You are eligible to donate blood if You are in good health today You are between 18 to 60 years of age Your weight is above 45 kg You had more than 5 hours of sleep You are free from any medical problems: e.g. high blood pressure, heart disease, diabetes, operation Read more here ...

Jom Kita

...jadi ahli Perpustakaan Negara Malaysia..kalau jauh dari KL tu..jadilah ahli perpustakaan awam yang terdekat. Boleh bawa anak-anak ke perpustakaan untuk menambah minat membaca. Semalam kami adakan kempen keahlian Perpustakaan Negara Malaysia di sini. Ramai juga pelajar yang mendaftar tetapi yang menjadi sedikit masalah seperti yang disuarakan oleh sebahagian pelajar ialah lokasi PNM di Jalan Tun Razak tu, agak jauh dari laluan pengangkutan awam seperti bas mahupun LRT. Kepada mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, agak payah untuk mereka pergi ke PNM.

Hari pertama di KMPP

Image
1. Muka ceria jer bila nak keluar dari rumah 2/3. Malam terakhir di rumah sebelum ke KMPP. Kemas jgn tak kemas 4. Jom kita ke Kepala Batas 5. Weh ..syukur sampai juga di tempat letak kereta KMPP 6. Gambar pertama Iqa di tepi tasik 7. Weh..itu ler signboard tunjuk arah ke kolej di pekan Kepala Batas 8. Iqa jumpa ex-MJSC BP masa berbaris nak mendaftar..hmm nama dia tak ingat ler pulak.. 9. Seawal 7 pagi , bakal pelajar KMPP dah mula beratur untuk pendaftaran 10. Masa untuk memunggah beg2 11. Apa yang di menungkan ntah ... 12. Iqa berbaris menunggu giliran daftar( gambo tak terang..maklum ler ..yg tukang ambik gambo tu pro sangat...ahaks) 13-15. Huhuhu posing ..jgn tak posing yer sebelum mak dgn abah balik. 1. Iqa masa kami ronda-ronda window shopping kat gerai2 di dataran KMPP( tak ada tingkap or dinding boleh panggil window shopping ke hah?) 2. Di bangunan itulah rumah cikgu Wardi :-). Dah nak balik baru teringat nak ambik gambar..ehehe dari jauh jer . 3. Itu bas...bukan basikal ...aha

Dari Hutan Melintang ke Kepala Batas

Perjalanan menuju ke Kepala Batas akan bermula, InsyaAllah tengahari kami akan bertolak ke Penang. Kami akan bermalam di Kepala Batas, menumpang di salah sebuah rumah milik Cikgu Wardi . First time nak jumpa blogger, dan kebetulan cikgu Wardi memang tinggal di kawasan kampus KMPP. Doakan kami selamat sampai dan esok selamat kembali ke Perak semula. Kak Long, InsyaAllah akan balik ke KL pada hari Selasa. Dengan bantuan Google Maps untuk membantu mencari hala tuju. By car Note: Public transit coverage may not be available in this area. Driving directions to Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia from A -Simpang Empat Hutan Melintang, Perak, Malaysia 241 km – about 3 hours 24 mins 1. Head north toward Route 5 34 m 2. Turn left at Route 5 8.5 km 3. Turn left to stay on Route 5 48.6 km 4. Continue on A177 3.6 km 5. Turn right at Jalan Changkat Jering - Sri Manjung - Kampung Koh 43.0 km 6. Turn left to stay on Jalan Changkat Jering - Sri Manjung - Kampung Koh 33.4 km 7. Turn left toward Lebuh

Ratu Hatiku II

Image
Masa sekolah dari darjah 1 sampai ler tingkatan 3, mak setia membesarkan kak long dengan adik bersama-sama Abah. Tetapi dari tingkatan 4 sehinggalah tingkatan 6, mak bersusah payah sendirian memberi kami dua beradik makan dan pakai kerana Abah meninggal semasa kak long tunggu result SRP ( sekarang PMR). Masa tingkatan 6, rambut panjang, jadinyer maklah yang tolong sanggulkan rambut..ehehe manja gilerkan!! bukannyer apa..kak long tak pandai nak buat sanggul sendiri...ihiks. Bila dah masuk ITM, mak sorang2 kat rumah sebab adik masa tu dah masuk sekolah asrama. Kesian mak! tapi apa nak buat..kami sambung pengajian untuk masa depan kami bersama. Mujurlah dapat pinjaman JPA dan dapatlah tampung perbelanjaan kak long di ITM. Bila kak long dah kerja, kak long dapatlah membantu pengajian adik di Universiti. Alhamdulillah, sekarang mak masih setia bersama kami berdua beradik dan cucu-cucu mak. Kami sayang mak walaupun kami tak cakap direct kat mak. Kami percaya mak tahu kami sayang mak sehingga

Ratu Hatiku I

Image
Lokasi foto : sebuah kedai gambar di Pekan Selekoh, Perak di awal 1970 Maaf ek...saper yang dah pernah tengok..sila abaikan..ehehehe Hari Ibu jatuh pada 10 May, tapi pada kak long, setiap hari , adalah hari ibu. Kalau kita nak mengenang jasa ibu, tak perlu tunggu Hari Ibu. Bila-bila masa kita perlu menghormati ibu, mak , mami, mama atau ummi kita. Pengorbanan mak tidak mungkin terbalas. Semasa mengandungkan kak long,mak bersusah payah memasak, membasuh kain dan menguruskan keperluan harian walaupun mengalami alahan di awal mengandung. Masa tu duduk kat rumah sewa bersama2 arwah Abah. Mak tak tinggal di rumah Mbah( nenek dalam bahasa Jawa). Kak Long sebagai anak sulung, ditatang bagai menatang minyak yang penuh. Pernah pada zaman darurat 1969, ada perintah berkurung dikenakan tetapi di kampung ketika itu tidak terasa sangat semangat perkauman itu. Mak memberanikan diri mengendong kak long yang berusia kira2 setahun ketika itu membonceng motosikal untuk balik ke rumah sewa yang terleta
Image
Dari kaca mata seorang pesakit dipagi rabu

Bila ada Suka

Image
...ada juga dukanya. Dugaan demi dugaan datang bertimpa. Peringatan buat diri supaya tidak alpa dengan kegembiraan. Mak selalu cakap kat anak-anak sedara yang bergurau lebih. Mak kata" itu nanti seronok sangat bergurau, bertepuk tampar tu, ada yang menangis". Hmm biarlah gambar2 ini menceritakan apa yang terjadi. suka... Duka ... pecah berderai cermin kereta..rasa kesal tak terhingga tapi itulah akibat bila lalai dan alpa. Sekejap sahaja Allah beri kita dugaan yang membuatkan kita rasa bila2 masa Allah akan tarik rezeki dan nikmat yang telah Allah kurniakan.

Dah sampai...

Image
Sesak... ...kampung. Saya dah ada di kampung dan saya rasa letih tapi mata ni tak mau pulak lelap. Perjalanan hari ni macam musim cuti raya. Byk betul kereta disepanjang jalan sehinggakan berlaku sedikit kesesakan di Kuala Selangor.Apapun alhamdulillah selamat sampai. Selamat berhujung minggu buat semua. Enjoy your weekend guys n gals. Take care. Indah pemandangan sepanjang perjalanan...sawah pagi menghijau di Sekinchan