Posts

Tak sihat...

Image
Huhuhu mesti x percaya kak long sakit lagi.pagi 5 am hantar anak sedara p klinik pasal sakit perut dr kul 3.30pg.balik dr kelinik akak pulak yg sakit perut.Tahan juga sampai kul 8 p klinik yg dekat sikit.Doktor kata mungkin keracunan makanan. Dlm pd sakit sempat p ambik alan,abg si syafiqa dr stesen komuter btg benar.balik je terus x sedap bdn!demam..badan mula panas.kul 6 baru larat nk mkn.tpaksa mkn sbb nk mkn ubat.la ni dok lepak atas katil. Tgk laa bertimbun ubat macam2 jenis kat tepi katil di dlm gambar sebelah ini. En3 ini dihantar via mobile blogger. Sorry ek, byk guna short form.

Macam-macam cerita (2)

Image
Cerita 1 Hari ni nak pergi ke KL selepas kerja . Yess..ada date!! ahahaahh date pebenda...kak long nak tunggu anak sedara kak long yg balik dari MRSM Balik Pulau tu di area Mydin yang dekat dengan Puduraya tu. Semalam dia sms kata bas Maktab akan hantar ke KL. Ikut rancangan bertolak dari sana pukul 3, jadinya akan sampai KL pukul berapa hah?? 5 jam sampai ke? ..iskk...balik kerja pukul 5, kalau turun KL , sebelum kul 6 dah sampai ..mak aiii 2-3 jam nak tunggu bas sampai ni...mana pulak nak pergi sementara tu ?? nak balik dulu, mengabihkan masa pulak nak patah balik...hmmm parking kat bangunan sinar suria dekat mydin tu ok ke tak?? ahahaha saper nak jawab ni ... Cerita 2 Dear all, The Internal Audit Preparatory Meeting is confirmed as follows: Date: 25th May 2007 (Friday) Time: 3pm Venue: Boardroom Updated Internal Audit Schedule attached. aduhai...lemah semangat teman bila tgk email ni...isk iskk...bila bukak schedule, teman jadi leader utk team 2? uwaaaaaa....tak mo ..tak mo...walaup...

Jangan mulakan...

Image
Laporan Khas: Remaja ketagih rokok kian membimbangkan Oleh Azrul Affandi Sobry Kempen kesedaran belum cukup berkesan banteras tabiat buruk KUALA LUMPUR: Walaupun pelbagai kempen dan peraturan antimerokok dilaksanakan, jumlah perokok di negara ini akan meningkat daripada 3.1 juta pada akhir tahun lalu kepada kira-kira 3.8 juta pada 2015 dan lebih empat juta menjelang 2020. Malah, satu kaji selidik Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan baru-baru ini mendapati semakin ramai golongan muda, khususnya remaja terjebak ke dalam kancah ketagihan rokok. Kajian itu mendapati, sehingga akhir tahun lalu, seorang daripada setiap dua lelaki dewasa di negara ini yang berusia antara 25 hingga 64 tahun adalah perokok. Kumpulan ini mewakili kira-kira 2.9 juta daripada 3.1 juta perokok di seluruh negara. Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Zainal Ariffin Omar, berkata walaupun pelbagai usaha membanteras tabiat buruk itu dilak-...

Buah Hati Pengarang Jantung

Image
Jalan-jalan cari makan di Chicken Rice Shop bersama Nasrul Nabil,Nasyirat Nu'man dan Nurdini. Kira okla ..boleh kawal 3 ninja ni yang baik perangai semasa makan dan shopping dengan mak long mereka ni..ihiks. Kalau ada mama dgn abah atau Opah, bukan main mengada-ngada..ehehehe. Kakak yang manja walau dah ada adik..ihiks Jalan-jalan di tepi tasik di kawasan perumahan sambil melayan NurDini main. Nu'aim tengok jer la ....eheheh. Nasrul Nabil dan Nur Dini . Mak Long kena paksa Nasrul Nabil main sekejap dengan Dini sebab dia sibuk dengan basikal pusing keliling tasik...eheheh.

Ragut...

Image
Semalam kak long diberitahu oleh salah seorang " cleaner" di blok ini, bahawa seorang pelajar uni kami telah di ragut rantai lehernya semasa sedang berjalan berhampiran McDonald's Taman Connaught, Cheras beberapa hari yang lepas. Menurutnya lagi, salah seorang pekerja yang menjaga boom gate di pintu masuk uni juga telah di ragut rantainya tidak jauh dari pintu masuk ke uni. Pada ketika itu keadaan di hadapan pintu masuk kampus agak sunyi kerana hari sabtu dan pada pukul 7.30 malam, memang tidak ramai orang yang berada di kawasan tersebut. Dia cuma mahu membeli makanan utk makan malam di restoran yang berhampiran bila tiba2 2 orang lelaki yang menaiki motosikal terus meragut rantai lehernya. Mujurlah tidak ada kecederaan teruk yang menimpa mangsa. Isk...sekarang ini begitu mudah manusia mengambil kesempatan dan mencari jalan mudah untuk mendapatkan duit. Telah terlalu banyak kes yang berlaku dan kadangkala tidak terfikir oleh kita bahawa perkara ini akan terjadi kepada ra...

Cerita Hari Jumaat & Sabtu

Image
Jumaat 18 May 2007 Kepala masih berdengung. Hmmm ...doktor kata bp naik semula. ARghh....dlm masa tak sampai 2 minggu...bp naik semula setelah kembali normal. Makan dijaga, tak main belasah tapi bp naik pulak. Seharian duduk dlm rumah dok layan kakak ( Nurdini) tengok kartun di tv( maleh nak naik atas tengok tv kat bilik), tido, main dengan anak saudara, tolong mak masak dan baca surat khabar. Petang duduk2 di buaian tepi porch bersama baby Nu'aim dan Nurdini. Malam layan TV lagi sampai pukul 1 pagi...ihiks ..bosan ke membaca cerita ni? ahaks ...maaflah yer, inilah sebahagian rutin hidup kak long kalau tak bekerja. Sabtu 19 May 2007 Kepala masih terasa berat. BP still tak turun la ni walaupun semalam dah makan ubat. Pagi tadi dah makan ubat dah tapi kak long buat mengadap pc lagi. Patut kena berehat tapi bosan ler ..nak buat kerja tak ada mood!! Malas sungguh rasanya bila kena tempias mood sebegini. Tambahan di hujung minggu. Tak sabarnyerla nak apply cuti panjang ..away from every...

Pening...

Image
Aduhai...sejak petang semalam kepala ini terasa berdenyut-denyut. Dah lama tak rasa pening macam ni ...last check blood pressure normal dah ...iskkk kenapa laa jadi begini. Mood kerja tak ada langsung ni . Dah la bila on YM ni, ada malaun yang mengaku hubby org tapi dok mengayat nak no telefon...iskkkkk ..sabo jer laaaa ...kang aku block ..kata aku sombong lak ..iskk payahhhhh. Semalam bila balik..sangkut pulak 20 minit dlm traffic jammed depan ofis ni ...uwaaaaaaaaaa..lagi tambah pening ..tp bila balik mandi semua ...hilang la jugak. Bangun solat subuh cam terhoyong hayang( betul ke ada perkataan ni) ...tibai jer la. Tengahari ni pening dtg lagi!!dah laa pagi aku missed induction session yang patut aku bagi utk new staff kat uni ni ...adehhhh . Malaun ni masih mengayat...sabo jer la ...nak off..aku tgh chat dgn kawan. Hmmm diam jer la ...moga2 dia faham....tp semalam pun dia tak reti putus asa!! Bila semangat ini akan pulih??? ni pening tension kut ...aduhaiiii