Salam Jumaat

Hari ni Jumaat, dah hampir 3 bulan Ju pindah ke kampus baru tapi masih belum dapat menggunakan pc sendiri kerana wireless card belum di install. Lambat betul...banyak kerja yang perlukan penumpuan tidak dapat dibuat sebab kat kaunter ni...macam2 gangguan ada.

Pagi tadi..sebelum pergi kerja seperti biasa ..hantar mak ke rumah adik. Dini dah menyambut kami di pintu. Anak saudara Ju yang baru berusia setahun lebih ni dah mula pandai bercakap. Seronok tengok dia ..bijak sungguh.

Mak seperti biasa terpaksa laa mendukung dia ..kalau tidak...dia dah mengejar nak ikut naik kereta ...


Dia masih belum online..busy agaknyer ataupun tak sihat ? ..hmmmm ntah laa ..kekadang rasa rindu..kekadang rasa buang masa jer kawan...kekadang rasa ragu2...apakah boleh Ju terus menerus menganggap dia sebagai kawan...walaupun hakikat nya bibit2 sayang itu telah ada di hati ini.

Biarkanlah masa menentukan.Hanya Allah yang tahu ...


Comments

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah