Merah baju kurungku..

Agak-agak semerah baju atau seceria warna merahkah hati dan perjalanan hidup hari ini? Awal lagi aku dah sampai ke pejabat hari ini seperti semalam jugak. Moga-moga Allah permudahkan segala urusan kerja ku pada hari ini.

Sepanjang perjalanan dari rumah ( sesudah subuh ) ke tempat kerja , kereta bukan main banyak lagi. Isk...iskk berderet-deret. Keluar subuh kerana nak elak jalan sesak tapi pagi ini terserempak jugak dengan kesesakan( walau tak seteruk mana).

Alhamdulillah, selamat jugak aku sampai ke pejabat. Ainil lagi awal sampai..mungkin sebab suami dia kerja awal jadi dia tumpang hubby dia( err...bila agaknya dapat cam gini ek..ehehehe). Ada 10 minit lagi sebelum memulakan kerja . Semangat tak berkobar-kobar seperti merah baju kurung batik ku...alahai!! moga ada khabar gembira buatku hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah