Berdebar-debar ...




Dalam masa lebih kurang 3 jam lagi, Kak Long dan 2 rakan sekerja akan menjadi saksi dan memberi keterangan di dalam perbicaraan Lembaga Disiplin Pelajar Universiti. Ini adalah kali pertama pihak Kak Long membuat pengaduan tentang kes kehilangan buku kepada pihak Lembaga Disiplin.

Sebelum2 ini, bukan kami tidak pernah "menahan" pelajar yang cuba membawa keluar buku dari perpustakaan tanpa meminjam atau tanpa pengetahuan kami, cumanya ada "reasonable doubts" untuk kes-kes tersebut seperti alasan terlupa.

Kali ini, kes berbeza kerana pelajar ini di dapati memiliki buku yang mempunyai tanda hakmilik universiti dan tanda tersebut terletak dimuka surat yang telah ditetapkan bagi setiap buku. Semua "bar code" dan "call number" di kulit buku telah di koyakkan. Sehari sebelum kejadian tersebut, pelajar ini telah diberi surat amaran atau "warning letter" kerana kes yang sama tapi untuk buku yang berlainan. Oleh kerana kes ini 'kuat' maka pihak 'Student Disciplinary Board" telah menetapkan hari ini sebagai hari perbicaraan.

Kadang-kala Kak Long merasa serba salah untuk melaporkan kes-kes yang sebegini tetapi setakat "warning letter" memang tak akan menakutkan mereka dari melakukan kes-kes curi. Kita sediakan buku untuk rujukan bersama dan bukan untuk dicuri dan dijadikan hakmilik persendirian. Setakat ini, ada beberapa pelajar yang menjadi perhatian kerana sudah menerima surat amaran dan sekiranya masih berlaku kes "alaa..lupa nak pinjam la kak"! Minta maaflah ya ! Kak Long tidak akan teragak-agak membawa isu ini ke pihak lembaga disiplin.

Doakan ya ...semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan agar pihak kak long "menang". Insya Allah.. Amin.

Photobucket - Video and Image Hosting
*masih berdebar-debar...cam nak masuk interview kerja 15 tahun yang lepas la pulak..isk iskk*

Comments

Nziela said…
keputusan makamah camna kak long?? hehehe! harap kak long 'menang' la ek...
Anonymous said…
adeh laa ...tangguh la pulak ke minggu depan laa ziela .
Noushy Syah said…
Kak LOng...memang tak beradap betul pelajar universiti yg buat perangai camtuh..imagine, macammana nak jadi pemimpin camtuh? Masuk Universiti tapi otak masih terpinggir!!

Good luck for Kak LOng..you did it well kak LOng..
Juezura said…
Thanks Noushy !! Itula tu...pentingkan diri sendiri jer ...silap2 gagal masa exam ...kita pulak yg kena kerja keras..sabo jer la ..ahaks
Abang Long said…
Abang Long rasa, semua orang mesti TAHU, FAHAM dan Mengamalkan RUKUN NEGARA.

Popular posts from this blog

Kes Pewangi Tumpah

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...