Bukan tak Sayang...


Apabila membaca entri di blog arsaili tentang kisah beliau melawat Menara Pisa di Itali dan membandingkannya dengan Menara Condong Teluk Intan, kak long teringat akan lambang bandar Teluk Intan ini yang belum kak long naiki. (Lalu lalang kat bawah dan tepi menara dah beribu kali) ehehehehhe. Adehlah...malu betul!. Bukannya jauh sangatpun Menara Jam tinggi ni dengan rumah kak long di kampung,hanya kira-kira 45 minit kalau memandu tapi hairan jugak tak pulak kak long teringat nak naik.Kalau tak silap dulu memang boleh naik ke atas menara tu tapi tak pastilah pulak sekarang ni kut dah di banned pulak...ahaks. Rugi ler pulak rasanya. Dataran kat bawah menara condong tu sentiasa ada ekspo..pelbagai ekspo dari barangan rumah, binatang eksotik dan lain-lain. Untuk tambah pendapatan majlis daerahlah kut sewanya tu ..ehehehe.

Orang lain tak pastilah pulakkan..tapi kak long rasa kita ni selalu sangat lupa atau tak sedar( tanpa sengaja) akan kesan2 sejarah yang ada berhampiran kita. Silap2 haribulan sejarah bangunan kat luar negeri tu lagi kita tahu dari sejarah negeri sendiri. Setiap kali ada urusan di Teluk Intan, setiap kali itu jugalah kak long akan lalu di kawasan menara condong tetapi tak singgah dan kadang2 lupa nak mendongakpun( tak boleh dongak lama-lama sebab memandu weh..ehehe).

Bukan tak sayang atau tak ingat ..kita sayang dan ingat tapi kenapa yer?

Comments

Noushy Syah said…
Kak LOng, that's why I was surprised knowing that Perak has that 'look alike' tower of Pisa!!

That's what people say,Grass is always green on the other side....which in reality,that's not always true.

The next time you go plz have a closer look ok?
Juezura said…
NOushy->agreed. Kdg apa yg ada di depan mata lebih indah dari apa yg kita lihat di tempat lain yg lebih jauh. Hujan emas di tempat orang, hujan batu di tempat sendiri, tak mengapa, lebih baik kita duduk di tempat sendiri ..ehehehe.

InsyaAllah, akan ambik gambar sekali lagi dan naik ke atas tu kalau berkesempatan :)
arsaili said…
salam kak long...tu lain kali nak gi lagi tgk kat telok intan ni...lama dah ke sana
Juezura said…
Arsaili-->jom kita balik ke Teluk Intan hujung bulan December ni :)

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah