Thursday, June 19, 2008

Hangin betul...


Semalam petang, sampai jer kat rumah, mak dah mengomel pasal ketidakpuasan hati dia. Isk iskk ...kita paling tak suka kalau mak dah mula mengomel, sama ada nanti kita ikut tak puas hati atau kita jadi serba salah.

Dah dengar mak cerita kes apa yang jadi semalam, hanginnnnnn dah kita. Nasiblaa kita tak puasa semalam..kalau tidak habis gitu jer pahala puasa. Nak di jadikan cerita, kontraktor yang buat kerja ubahsuai kat rumah tu, guna pintu rumah yang lama yang kami tukar beberapa bulan yang lepas tanpa izin kami. Kalau dia kerat2 kayu pintu tu untuk buat "slab" penutup longkang kat rumah akak tak pe la jugak...ni dia buat kat rumah sebelah. Untuk rumah akak dia guna kayu serpih2 yang lama dan plywood yg dah reput...haiyaaaaa hanginnnnn wehh. Walaupun dia mintak upah yang tak tinggi sangat harganya tapi masalahnya sekarang ni kami tak puas hati sebab bahan yang dia guna utk buat kerja2 dia tu semua dia ambik tak mintak izin.

Tanyalah dulukan? tuan rumah nak guna ke tidak pintu lama tu...ni tidak !tau2 jer dia dah potong...jadi pelapik slab untuk tutup longkang rumah sebelah (baca rumah sebelah) dan bukan kat rumah akak.

Yang hangin lagi tu...bila akak called, dia macam nak perlekeh kita, kata pelapik tu nanti nak kena buang jugak....tak runtuhpun...iskk sakit hati akak. Memanglah kayu akan reput tapi kalau guna yg keras sikit..lama la sikit masanya untuk dia mereput..hampehhh betul. Biar dia tahu akak tak puas hati sebab dia dok kata "helo helo" tapi line masa tu dah putus. Bukan akak yg putuskan tapi terputus sendiri ..mungkin sebab kalau tak putus...ntah apa2 lagi yg keluar dari mulut akak...arghhhhh pagi ni bangun teringat lagi kes tu. Mak pulak jenis tak nak cakap depan, akak jni jugak yang kenaa dengar ketidakpuasan hati dia ...last2 akak yang hanginnnnn...hari ni dia buat keje kat rumah adik ..harap2 mak akan sound ketidakpuasan hati kami ataupun ntah2 pakcik tu buat dekkkkkkkkkk jer ...memang tak sabo teman.

Ehehehhe...sorry ek...entri hari ni hanya meluah rasa terkilan dan sakit hati.

4 comments:

Abang Long said...

BERTEGAS ! Wang kita yang keluar, kena ingat tu !

Jentayutiara said...

apapun cool sambl perthankn hak kita1

KZue said...

Abang long -->itula pasal tu...pasal duit kita la yg kita bising tu. Kalau free, takkan kita nak marah tak tentu pasal..lagipun hak kita diambil sesuka hati.

KZue said...

ku Ina-->marah jerla untuk legakan sikit hati..tapi tak de laa nak mengamuk lagi kalau dia buat muka tak reti...lain kali dah tahulah apa nak buat.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin