Wednesday, June 18, 2008

Tak ada maknanyer...?


"Malam ku bermimpi ..hai dengan satu bintang .."sebaris lirik lagu seniman Allahyarham P. Ramlee dengan Saloma. ( errr...betul ke hah? ) Apa kaitan lagu ini dgn entri hari ini? ehehehh hanya perkataan MIMPI itu...ihiks.


Begini ceritanya..hmm apasal boleh ingat mimpi ni ek? mimpi mainan tidur..tapi biasanya tak boleh ingat tapi yang ini masih teringat-ingat.

Babak 1

Sedang kami sekeluarga duduk bersantai, mak kelihatan menggunting sekeping sampul surat. Sekali dibuka sampul surat tersebut, baru perasan mak tergunting sebahagian dari cek yang ada di dalam sampul surat. Kami semua terkejut.


Babak 2

Kini, kami berada di bank. Adik nak "bank-in" cek tapi tak konfiden sebab dah tergunting cek tu. Dia tanya pada seorang "officer" tu ..so officer tu tanya kat cek dept..dan dia kata bolehhhh bank in sebab ada rekod.


Babak 3

Dalam perjalanan balik ? tak pasti ler pulak kat mana lokasinya tapi kak long happy sangat sebab nampak buah-buah mangga yang besar-besar gugur di halaman sebuah rumah. Masa tu orang lain dok pusing keliling mencari sesuatu tapi kak long jumpa buah mangga...seronok sangat kutip..walau hanya beberapa biji tapi mangga tu besar sangat ..sampai tak cukup tangan nak pegang mangga tu . Last-last adik kak long datang dan tolong pegangkan buah mangga tu . L


Babak 4

Sampai pula ke kedai bunga. Nyonya kedai tu tunjuk ke satu arah di kedai tu dan suruh kak long ambik bunga tu. Adik kak long pun ada kat situ. Ada 2 jambak bunga..bila kak long ambik ros purple...cina tu kata bukan yang itu , yang satu lagi ....huhuhu tapi bunga apa kak long tak ingat. Happy laa jugak sebab dapat bunga free...ahaks. Lepas tu tak ingat pun ada ke mimpi lagi...


Hmmmm bila tak ada ending yang sedih atau happy giler ...tak terbangun pun dari tidur , so tak ada maknanyer la kut....ehehehhe. Apapun semoga segala kerja dan urusan hari ini berjalan dengan baik.Ameen.


2 comments:

KAKTINY said...

berbabak-babak mimpi..
kalau sambung lagi tido, leh buat cerpen kot.. heheheh..

salam.

KZue said...

ahahahh kaktiny...itula pasal pelik mimpi ni..bersambung2

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin