Monday, June 23, 2008

Melodi Senja

Dah hampir 2 bulan tak balik ke kampung. Entah macam manalah rupa rumput2 disekeliling rumah. Maklumlah tuan rumah dah tinggal bersama anak yang sulung. Semenjak Tok Aji meninggal dunia, belum lagi sempat meluangkan masa balik ke kampung.

Hujung minggu ni, kak long kerja, maka memang tak bolehlah nak balik. Hati mak dah meronta-ronta nak balik tapi kenalah tunggu anak dia yang sorang ni free , barulah boleh balik. InsyaAllahlah kalau tak ada aral, mungkin balik pada awal July.

Ramai juga yang mencadangkan juallah rumah kampung tu...bukan ada orang dudukpun. Masalahnya kalau dah dijual, terasa macam dah tak ada kampunglah pulak..tak ada rumah kampung. Bila sesekali balik bercuti, tak selesalah nak menumpang di rumah sedara mara. Lagipun kalau raya, nak jugaklah balik ke kampung..merasa kemeriahan raya walaupun akhir2 ini kemeriahan itu semakin pudar.

Walau didesak macam manapun, kami sekeluarga sepakat tak nak jual rumah tu...walau semakin usang di mamah usia, namun kami tetap sayang kepada rumah pusaka peninggalan Abah. Terlalu banyak kenangan pahit manis selepas Abah pergi berlaku di rumah itu. Walau Abah tidak sempat merasa tinggal di situ, namun jasad Abah telah dimandi dan dikapan dirumah kami itu...satu2nya peninggalan Abah sebelum Abah dipanggil pulang oleh Allah swt.

3 comments:

Abang Long said...

Kenangan yang tak bisa dilupakan.

Jom ke gerai abang long.

Sofradex said...

jangan jual umh kampung tuh.
nnt jadi mcm ris.
xde kg. sedey o0o0o.

Kak Zue said...

Abang Long--> Kenangan itu akan dibawa hingga ke hujung nyawa.

Ris-->memang tak nak jualpun rumah kg tu.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin