Diari 26 June


Pagi

MLG meeting @ bilik Fakulti Perubatan UM. Arrived @ 8.30am. Meeting @ 9.30am. Hiyaa...so early...eheheh maklumlaa tumpang kereta adik. Malas nak driving. Disebabkan terlampau awal sampai ..maka kita pun duduk la kat bangku2 batu yg selesa di naungi pokok2 yg menghijau di hadapan UM medical library. Meeting habis pukul 12.30. Selepas tu ada products demo by local vendor.

Tengahari

Brek untuk lunch pukul 1.15. Lepas tu lawatan ke UM medical Library.

Petang

3.00pm - Saliza dari IJN resource center mintak tolong driver dari IJN tu hantarkan Nor Azlina dari Perpustakaan Hospital KB ke KL Sentral . Adik ni nak balik ke Kota Bharu, Kelantan..so dia naik ERL dari KL sentral. Pertama kali jumpa junior ni tapi mesra la pulak...ehehe. Kita pun ikut la sama ke KL sentral sebab nak balik awal lagi.Adik habis kerja 5.30..so kita ambik kesempatan ziarah kawan di KTM resource center. Err...sampai kat situ..kita telefon Wan , ahaks ...maklum la 1st time sampai kat KL sentral so tak sure nak tuju hala ke mana so tunggu kat tepi gerai jual tudung sampai Wan sampai.
Lama dah tak jumpa Wan. Salah seorang kawan baik kita masa study dulu.Hmmm.. terlupa lak nak ambik gambar dgn wan kat pusat sumber KTM tu pasal sibuk bersembang...Isk iskk.

4.50pm-Lin telefon suruh kita ke Mid Valley sebab adik ada di Mid Valley IT center. Alamak...kena pi Mid Valley pulak..ingatkan dia nak datang ambik. Ehehe...dah lama sangat tak naik komuter....sampaikan nak beli tiket pun terkial2...ekekek kena gelak dek Wan jer . Memula lagi bagus..siap tanya kat Lin...ada ke komuter berenti kat Mid Valley? ahahahaha malu malu. Wan siap pesan...stesen pertama tren berenti, kita kena turun. Wan hantar aku sampai tren sampai. Thanks so much Wan. Okey la ...perjalanan tak sampai 10 minit..RM1.00. Tren dah berenti...aku lak yg terkonfius ..apasal cepat sgt ..iyer ke ni?? ehehe tanya kat Kakak yg duduk sebelah, "err..ni stesen Mid Valley kan??" . Akak tu mengangguk sambil senyum. Ahahahah adehh malu. So , dah sampai ke stesen Mid Valley...aku ikut jer la sign board nak pi ke Mid Valley.eheheh aku belagak pandai jer ....ikut jer org ramai tu naik escalator ...sure depa nak pi mid valley jugak.

5.10pm - Adik telefon. Alamak...mujur terasa telefon tu vibrate...terlupa lak nak tukar silent mode. Dia mintak aku tunggu kat centre court. Okey arr..sambil2 tu kita window shopping jer la ...belum gaji maa....ehehehe.

6.00 - Dah sampai ke depan bangunan pucuk rebung di Pantai. Lin dah tunggu di luar.

6.45- Singgah di pasar malam Kesuma Lakes.

7.00- Sampai rumah. Alhamdulillah
.

Comments

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah