Isnin Yang Bahagia...

Oleh kerana Ju kerja sabtu dengan Ahad minggu lepas...hari Isnin hari cuti untuk Ju..yes!! eheheheh..setiap 3 minggu sekali..Ju akan cuti hari Isnin...secara automatik , kecuali jika ada hal di pejabat.


Pagi
Nasyirat bersiap nak pergi ke sekolah ugama. " Opah , kita pergi dulu" Nasyirat bersuara. Opah yang tengah sibuk tengokkan Nabil mandi keluar ke pagar menghantar cucu sulungnya. " Baik2 lintas jalan Nasyirat..baca Bismillah", Opah bersuara. Sekolah ugama depan rumah jer..sebelah surau...ehehhehe. Nabil dah siap pakai baju tadika..tunggu van kat pintu. Pukul 8, Ju dengar van sampai. Kedengaran Opah bersuara, "cepat Nabil, van dah sampai tu". Van bergerak sebaik saja Nabil masuk dan duduk. Nur Dini dah siap mandi dan pakai baju. " Mak long , tak kerja ke?" Opah menjawab" tak kerja... Dini tunggu Opah bersiap ok.. kita nak pergi pasar".
Tengahari
" Nasyirat, cepat buat kerja sekolah tu..lepas tu makan, nanti van sampai, tak siap lagi". Opah bersuara. Mak Long tolong tunjuk Nasyirat cara nak selesaikan soalan maths. " Kita pakai baju dulu la Opah..nanti kita sambung buat homework". Opah kata, " okey..cepat sikit". Mak Long basuh kereta pasal kereta dah berdebu...maklumla bila hujan, kereta pun dapat makeup
free...ahaks. Nabil balik dari tadika, bukak pagar , campak beg kat atas sofa. Mak lOng bersuara, " Nabil, letak beg atas meja kecik tu la..cepat". Nabil buat tak dengar jer ...alahai budak ni. Mak Long masuk dan letak beg kat atas meja di sudut akuarium. Tetiba terdengar bunyi hon van. Nasyirat , maklong dan Opah tersentak. Opah kata " Hah ..cepat Syirat..makcik Siti dah sampai tu". Nasyirat terkial2 memakai kasut sekolah. Mak long nampak Syirat pakai kasut terbalik! " Heh Syirat..kasut tu cuba tengok terbalik la ...isk isk budak ni" ehehehe. Masa untuk Opah, maklong dan Nabil makan. Hmm...sedap asam pedas!!
Petang
" Mak ..jom la siap cepat ..kita pergi ", Mak Long bersuara. Nabil mencelah.." nak pergi mana mak long?". "Kita nak pergi jalan..cepat basuh muka , sikat rambut Nabil, Dini" Opah menjawab. Mak Long naik ke atas dan bersiap. Tak sampai 10 minit, Mak Long dah pegang kunci kereta. Nabil dengan Nurdini dah masuk dalam kereta. Mak Long bukak pagar rumah, sementara Opah kunci pintu rumah. Kereta tak banyak di jalanan, 20 minit dah sampai di Tesco Kajang. Nabil sibuk nak jam tangan. Kalau dah belikan untuk Nabil, kenalah belikan untuk Dini dengan Nasyirat jugak...nanti ada yg merajuk. Nasib ler jam " power ranger" yang dia nak tu tak la mahal sangat..masih mampu lagi mak long beli...alahai. Nasyirat dapat jam "spiderman" . Nur Dini pilih sendiri..jam " Barbie". Aiseyyy cute betul jam-jam tu semua ...ahaks. Mak long pun berkenan...tapi malang tak sesuai ...ahaks.!! Sampai rumah, solat asar..dan masa untuk masak. Menu malam ini..telur itik masak lemak, ayam goreng bercili dan sayur sawi goreng campur fish cakes.
Malam
Nasyirat dah pergi mengaji dan balik. NurDini dan Nabil dah mengadap TV. Opah bersuara" Nabil, ambik buku ..hafal ejaan". Nabil , maklong tengok buat dek jer ..alahai. Mak long dah mula geram..."Nabil!! cepat ambik buku ejaan..hafal..rabu nanti ada ujian". Nabil akhirnya mengadap buku ejaan dan menghafal...tapi mata dok selang seli tengok katun. Opah sesudah solat maghrib, menyenduk nasi dan menyuap 3 orang cucu2 dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Mak Long punya giliran pulak pegang " remote" astro...ehehhe alahai.
Mama budak2 tu balik dari kerja dalam pukul 9. "Mama...abah mana? " Nasyirat bertanya pada mamanya. " Abah on the way dari KLIA", Linda menjawab. Nasyirat merengek..." Abah pergi mana?" Linda menjawab " Abah pergi Pulau Pinang pagi tadi..ada kerja". "Abah ni..pergi Pulau Pinang tak bawak kita pun" Nsyirat mengomel. Adik ipar mak long diam jer ,tak menjawab. Akhirnya pukul 9 malam..abah budak2 tu sampai ke rumah maklong..dah siap mandi semua. Masa untuk makan la pulak. Mak Long hidang semua lauk2 , nasi, air ke meja makan.
Pukul 11, abah dan mama budak2 tu , balik ke rumah depa ..tak sampai 5 minit perjalanan. Nasyirat dah tidor..Nabil dengan Dini dok main2 lagi dengan Opah . Mak Long biarkan jer..Mak Long pun naik ke bilik .. nak tido awal...esok kerja pagi.

Comments

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah