Selamat Hari Bapa...






Gambar terakhir abah bersama mak, adik dan Ju

Semalam hari bapa or fathers day. Sebenarnya aku tk pernah meraikannya .kita budak kampung, maner tahu pasal benda2 ni semua.Walau abah dah lama tiada tp aku tetap ingat kat abah.abah...ju dulu tk pernah terfikir yg abah akan mati dlm usia yg agak muda,tk pernah fikir cam maner nk hargai abah masa tu. Abah sentiasa ada bila anak2 abah perlukn abah.abah pernah jahitknpoket pd skirt PBSM warna putih masa ju darjah 5 sebab ju nk skirt yg ada poket sedangkn skirt yg sedia ada tk de poket.manja betul masa tu tk fikir susah senangnyer abah nk bg anak dia yg sorang ni happy.Tapi anak abah ni kekadang kepala batu…degil gak!! Tapi degil2 pun bila abah tinggikan suara sekali jer memang tak balas dah..takut. Ju sedih abah. Ju tk dpt balas jasa abah.

Masa tu SRP baru jer habis dan abah pergi meninggalkan mak, Ju dgn adik. Itu cerita 23 thn yg lepas , banyak suka duka yang anak2 abah harungi sehinggalah saat ini. Rumah peninggalan abah masih kami kunjungi walau tk sekerap mana.Sejak mak tinggal dgn ju,rumah tinggal kosong.tp minggu lepas ju,adik mak , menantu dan cucu2 abah balik kg,sempat juga adik ganti atap zink yg bocor di dapur.ju tinggalkn duit pd wak selamat utk repair dinding dapur sbb tk sempat nk buat semua dlm masa 3 hari.

Kak ina dgn abg din akan tgk2 bila sempat.abah...airmata ju dah mula bergenang bila teringat kisah2 lama.airmata dh mengalir nie,ju berhenti dulu...semoga abah ditempatkn dikalangan org2 yg beriman,Ju akan sentiasa mendoakan kesejahteraan abah di sana, Amin.

Pada mereka yang masih mempunyai abah, ayah, papa, daddy atau bapak ,dengarlah kata mereka..sesungguhnya tidak ada seorang bapa yang mahu anaknya tidak bahagia dan berjaya. Hargailah mereka ..walau bukan dengan wang ringgit ..cukup sekadar bertanya kabar mereka.

Bagi aku...setiap hari adalah hari bapa dan hari Ibu...

Comments

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah