Dilema Cuti Raya


Bila membaca tajuk di atas mesti ada yang mengata " alaa..baru 2 hari puasa dah sibuk cerita pasal raya". Memang ada kebenarannya kata-kata tersebut tetapi bagi Kak Long , setiap kali Ramadhan bermula, setiap kali itulah dilema akan tercetus. Mana tidaknya, semua 7 orang yang bertugas di dept ini muslim kecuali seorang. Kalau nak tahu selama 14 tahun Kak Long bekerja di sini dan di dept yang sama menjadi seorang ketua, memang pening bila memikirkan siapa yang patut bertugas dan siapa yang akan bercuti. Cuti umum memanglah library tutup tapi masalah akan timbul bila ramai yang nak cuti "extra".

Tahun-tahun sebelum ini, tidak ada masalah yang timbul kerana ada beberapa staff di sini adalah orang Lembah Klang,, so maknanya balik kampung bukan wajib kepada mereka. Jadi kalau mereka nak cuti, Kak Long akan minta mereka cuti awal dari mereka yang nak balik kampung atau cuti selepas kami yang balik kampung kembali bertugas. Lagipun semasa mereka di interview, Kak Long dah cakap awal-awal berkenaan cuti Raya.

Tahun ini lagi bagus, seminggu sebelum Ramadhan diumumkan, seorang staff baru dah apply cuti raya sebab dia nak balik beraya di Kedah. Adehh ...terpaksa kak long "reject " permohonan cuti dia sebab terlalu awal dan biasanya kak Long akan arahkan penolong pegawai untuk berbincang dan atur jadual kerja mereka. Budak baru sepatutnya tak boleh ambik cuti "extra" bila musim perayaan. "Final decision" memang kak Long yang akan buat , itupun setelah melihat dan berbincang dengan staff yang ada.

Jumaat lepas, setelah memikirkan yang perkara cuti raya ini mesti diselesaikan secepat mungkin, Kak Long berbincang dengan 2 penolong pegawai yang ada. Bila seorang kata dia tak ambik cuti "extra" lega sedikit hati ini. Yang seorang lagi cuma nak ambil cuti "extra" sehari saja. Masalah selesai bila hanya 2 orang pembantu perpustakaan yang akan cuti "extra" sebelum hari raya dan selepas cuti umum hari raya. Jadual bertugas dapat disusun dengan minimum 2 orang staff akan bertugas untuk setiap shif. Adeh..lega rasa hati.





Kak Long pulak , InsyaAllah akan bercuti dari 20-29 Oktober. Setelah ditolak cuti umum Deepavali,Hari Raya dan cuti hujung minggu, maknanya Kak Long akan ambik cuti "extra" 4 hari. 2 hari sebelum Raya dan 2 hari selepas Raya. Fuhh...lega dilema dapat diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu masing-masing bermasam muka berebut untuk cuti. Selagi boleh, Kak Long nak berlaku adil dengan staff yang banyak membantu.Ada ke kengkawan yang mengalami situasi yang sama dengan Kak Long ?


Comments

Mersik said…
Amboii..lamanya cuti..jenuh beraya aa..hik hik sakan sungguh..Atau ada masa nak gi Langkawi lagi kekekekeke..hik hik..alahaiii
Kassim Selamat said…
zu baca cite zu teringat masa keja dulu, masing2 berebut-rebut nak ambil cuti raya, masalahnya kat dept. tu sume nya melayu..last2 masing2 cuma dapat extra 1 hari aje, sape saja2 ambil mc balik nanti kena potong cuti...ekekeke sbb dah tahu taktik lama..lama zu cuti yer..raya sakan ler.
Juezura said…
ehehehe KS..Pokcik mersik...kita cuti lama tak semestinya raya sakan ...dah ada peluang cuti lama ni ambik la ...ihiks ..Pokcik mersik...raya2 ni maner nak gi langkawi...ekekkeke. aiseyy lain kali la kita gi sama ek...ahaks

Popular posts from this blog

Kes Pewangi Tumpah

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...