Tuesday, April 10, 2007

Diari Pagi

Hari ini bangun awal.Apabila alarm di telefon bimbit yang setia di tepi bantal berbunyi, terkejut Kak Long, berdebar darah...eheheh cepat-cepat "off"kan "alarm".Bangun dari katil, offkan charger telefon dengan segala macam suis di tepi katil. Terus ke bilik mandi, jengah di tingkap bilik mandi, suasana di sekeliling rumah sunyi sepi, surau pun tak ada orang datang lagi maklumlah azan subuh hanya akan berkumandang pada pukul 5:53 pagi.

Minggu ini kerja pagi.Ini bermakna Kak Long kena berada di pejabat pada pukul 8 pagi. Untuk mengelakkan kesesakan jalanraya yang amatlah menyesakkan nafas, sebelum azan subuh lagi kak long dah keluar dari rumah. Kalau lambat keluar rumah, alamatnya satu jam dah pastinya tercongok di dalam kereta. Pagi ini @ 5:45, suasana di jalanraya dari Bandar Tasik Kesuma ke Cheras amatlah bagus. Kenderaan dah mula banyak tetapi perjalanan tenang, boleh speed 100km lagi (opss...over the limit la pulak) ahaks. Syyyyhh...jangan bagi tahu sesapa ek!!ahaks.

Awal sungguh kak Long sampai ke kampus, guard di pintu masuk kampus siap tengok jam lagi...ahahahah. Dia kata " hari ini lagi awal Kak?. Semalam 6:40 pagi, hari ini 6:20 pagi?". Kak Long jawab " malas nak tempuh jammed". Kak Long sentuh "smart card" di tepi palang keselamatan dan palang pun terangkat, kak long terus tekan minyak(kena tekan minyak sebab kampus ini di kawasan bukit), Eheheh tak sedar 35 minit jer Kak Long memandu pagi ini dari Beranang ke Cheras.

Sebaik sampai di bilik, kak long keluar ke bilik air dan mengambil wudhu untuk solat subuh. Alhamdulillah tertunai satu kewajipan. Tengok jam baru 6:35 pagi, iskk awal lagi, bolehlah tidur dulu. Kak Long mencari telefon bimbit untuk set alarm, mana tahu terlajak pulak tidur kalau tak set 'alarm". kak Long belek-belek handbag,kunci kereta ada, kunci ofis ada, buku nota ada, PDA ada....adehh mana pulak telefon bimbit?? Kedua-dua telefon tertinggal ke?? uwaaaaa macam mana la boleh tertinggal. Iskk ni mesti pasal cepat sangat keluar rumah subuh tadi. Kak Long terus telefon ke rumah, minta tolong mak Kak Long jawabkan telefon kalau ada panggilan masuk. Isk ..biasanya selepas kemas katil, terus masukkan telefon dalam handbag. Isk iskk...tak jadi tidur la tak ada alarm.

Inilah hasilnya entri diari pagi bilamana cadangan untuk tidur tak terlaksana, tak ada keroje terus buka blog , rayau-rayau sana sini...ahaks!!

7 comments:

noushy syah said...

wowowoo cepatnya Kak LOng dah campai opis!! Hikss, mobile tu lupa cbb igt apa yea? ngeh...

Zura@Kak Long said...

eheheehe..itula pasal ..kalau sampai awal ni perjalanan tenang jer...ihiks..tak tensen dgn jammed. Ntah la ek..pasal apa leh tertinggal, tk ingat apa pun pagi tadi sebab LDR ni cam dah biasa gitu...

Fath said...

Mak aihh.. awal giler keluar rumah.. sebelum subuh lagi tuu... saya, kalau hari2 kena mcm tu = satu 'penyeksaan'! huhu..

oh.. saya tak penah lupa pada handset.. tersorok bawah bantal ke, selimut ke, asal nak keluar je mesti teringat.. hehe..

kujie said...

kak long..awalnya....kul 6.30 tu sy tgh mengoreng mee, nasi goreng..or wat roti telur utk anak sarapan...hehehehe..anak2 sy sejak tadika dh biasa bersarapan dan bawa bekal..so time kak long kat opis tu...sy kat opis gak...opis kt dapo!

he he he

RaFFLeSiA MeRaH said...

slm kenalan...RM lak x penah lagi takat ni dah mandi seme pi tido balik kalo ari2 keje, kalo ari x keje pun kekdg jer sambung tido pas smbhyg subuh, kalo tak memang pi cari keje lain dlm umah tuuu...

mad redo1 said...

bersyukurnya hamba kerna my humble abode just 1.9km from the opis... though kalau ada appointment tu kena lah jugak battle the jam

Zura@Kak Long said...

Kujie~~kak long selang seminggu jer kuar rumah pagi buta ...eheheh kalau keja shift lewat. kul 10.15 baru kuar rumah..masuk kul 11..ihiks..tp balik lewat la kul 8 mlm

Mad Redo1~~syukur alhamdulillah la rumah tk jauh dari opis yer..but then kalau dah jam...rumah 1 km dari ofis pun boleh jadi 1 jam..ihiks

RM~~~kak long pun jarang tido bila dah sampai ofis unless sampai awal sgt dan rasa mengantuk yg amat sgt...

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin