Dilema aku dan dia


Hari ini kak Long bekerja. Sepatutnya minggu depan baru giliran kak long bekerja di hujung minggu tetapi minggu ini kak long menggantikan rakan sepejabat yang telah menggantikan kak long semasa kak long ke Pulau Pinang beberapa minggu yang lepas.


Kesihatan kak long semakin beransur pulih. Kekejangan otot di bahagian belakang badan telah hampir sembuh tetapi tekanan darah kak long masih tak berubah. Risau betul.


Kerisauan bertambah bila si dia memberitahu dia menerima tawaran bekerja baru tetapi menyatakan sekiranya dia menerima tawaran ini, kak Long kena berpindah ke Klang. Ohh tidak!!! itu yang kak long telah nyatakan di awal perkenalan kami. Kak Long tidak mahu meninggalkan mak keseorangan di rumah yang kak long beli. Syarat tersebut telah diterima.


Jikalau kak Long berpindah ke Klang, payah pulak kak long nak ulang alik ke tempat kerja. berhenti?? oh tidakk...banyak tanggungan yang kak long perlu langsaikan. Hanya dengan bekerja sendiri sahaja membolehkan kak long berdikari dan tidak membebankan sesiapa.


Kak Long berharap dia bersetuju dengan pendapat kak long. Sms tak berbalas bila mana kak long kata mungkin masa mendatang, dia akan mendapat kerja yang lebih baik di daerah kak long tinggal sekarang. Marah ke dia?? mungkin juga dia serba salah memikirkan hal ini sejak beberapa minggu yang lalu kerana dia jarang menghubungi kak long sejak 2 minggu yang lepas.


Apa patut kak long lakukan?

Comments

personally,i hate being in dilemma...Making me feel guilty n so on so on...hehehe...But u r really great daughter kak..I wanna b like u, taking care my parents for the rest of my life.Just pray and He will listen to u. He gives what u can cope, not more, not less...B strong kak...I admire u...Happy Weekend...Alalala..sian dia kena keje weekend...Saya pun kena keje tiap ari kak...Summer will b my off month..hahaha..Thanx for ur prayer...Love u!
Anonymous said…
hurm..serba salah jika berada di tempat kak long. anyways 'sidia' perlulah faham kewajipan kak long terhadap ibu kak long..hopefully dalam masa terdekat ini 'sidia' akan kembali cool n dapat menerima dan memahami kak long..insya Allah
Unknown said…
Salam Kak Long... saranan Opah De, stay put. Kak Long kat itu permintaan Kak Long sebelum memulakan percintaan dan dia pun dah setuju. Jadi, sudah tanggungjawab dia untuk melaksanakan janjinya dulu.
Orang lelaki memang macam tu Kak Long. Kalau kita biarkan diri kita ditolak ke sana sini sejak dari mula lagi, bila dah kawin, dia rasa dia boleh buat sesuka hati dia saja. Itulah permulaan mental abuse.
I know. I've been married for ten years now. Bila dah matang sikit, baru tahu I did it to myself and I have learned since how to say NO.
Bukan tak hormat suami tapi sometimes we have to put our foot down.
Mersik said…
Salamz Kak long, hmm berat juga masalah nih ek? Alahai cam ne ye pokcik nak bagi pendapat.Apa 2pun bincanglah secara baik2.

Kalau boleh dapatkan hitam putih.kekek bunyi cam mengarut tapi lepas tuh frame n gantung tinggi2 bior seme tahu akan perjanjian asal.

Pakai2 mulut nih mmg tak kemana, berubah2 pun tak ada buktinya.. alahaii..
RaFFLeSiA MeRaH said…
harap2 sidia faham dgn situasi kaklong skrg ni...sikap tolak ansur tu penting...pasni akak kena discuss ngan dia betul2...maybe lepas ni kena discuss lagi ngan dia, skrg ni biarlah dia cool dulu...lame2 nanti, ader la dia contact kaklong tuuu...
Anonymous said…
Tempat seorang isteri adalah disisi suami..meaning wherever he goes,you go as well...BUT..life is not build up by just one rule, instead it's flexible and vice-versa depends on the SITUATION.Furthermore,he accepted as per discussion on your status..be brave Kak LOng,kita hanya punyai seorang ibu dan bapa,compromising is the best, but try to discuss again nicely...
Anonymous said…
Salam kaklong,

Nasihat sy bkn saja pada kakLong ttp kepada semua org, matlamat kita adalah bahagia...bahagia bukan satu destinasi yang kita tuju tetapi adalah satu cara...cara hidup!

Untuk mendapatkan bahagia tu, mmg akan tempuh berbagai dugaan dah ini adalah salah satunya...dlm sesebuah perkahwinan, mmg masing2 ada hak sebagai suami isteri tetapi tiap org juga ada hak sebagai individu. Kita akan bertemu pertembungan pendapat, cara hidup dan berbagai lagi kerana kita membesar sebagai diri kita, individu tersendiri..dan dalam ikatan inilah satu frasa penting perlu kita gunakan...bertolak ansur!
mad redo1 said…
More or less, everybody has pointed out what I have on my mind. However, there is no best solution on this matter just a better one.

Before making the BIG decision, use the grey cells to the max and with HIS guidance, a path will open up for you.
Shunjike7 said…
walaupon saya takder pengalaman lagi tapi saya rasa yang sebaik-baiknya adalah duduk berbincang...cakap apa yang kak long fikirkan...dan kaklong pon kena dengar apa yang sidia akan cakapkan...dan kenalah saling bertolak ansur
Normie said…
membaca dilemma kak long nie..pun saya buntu seketika...untuk menjaga 2 hati mmg susah..mmglah org kata tempat isteri disisi suami..tp akak long dan dia belum disatukan..jadi adalah tidak wajar kak long mesti mengikut diakan...yelah..klu boleh kak long pasti tidak mahu melukakan hati sidiakan..ginilah kak long..berbincanglah dgn si dia...itu aje cara terbaik...klu si dia seorg yg matang pasti dia faham...sabar yer kak long
Juezura said…
To:

Equil,bro Mad, Sis Kujie, Noushy, RM,Noamee, Bob, Cik Scarlet, mersik, Raina

Kak Long amat berbesar hati dan amat menghargai komen dan pandangan dari kawan-kawan semua. Kak Long merasakan sidia memahami kehendak kak long dan bersyukur dia masih sudi menghubungi kak long. Semoga ikatan yang akan terjalin kekal ke akhir hayat, InsyaAllah.
sd. said…
so so wat happen??
ceh, kecoh je..hehe
Juezura said…
sayda : kecuh arr dia ...ahaks. Alhamdulillah buat masa ini okey dah.

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah