Bukan cerita lawak...

Malam itu mak dan anak dah keletihan dan terlena di depan tv di ruang tamu. Sedang lena di ulit mimpi...tiba-tiba...

Mak : Eh..dah pukul berapa ni ?
Anak: Dengan mata yang tak berapa nak terbukak sebab mengantuk menengok jam di handset. Iskkk dah 5 setengah dah mak . Apasal tak bunyik pulak alarm ni tadi . Terlepas dah sahur.
Mak: Tak ngapa...biasapun kita tak lalu nak makan cuma tak dapatlah makan ubat.
Anak: Yer laa..( sambil ambik handset letak dlm handbag..kut2 takut tertinggal dan terus mandi sementara menanti azan subuh.Kalau dah mandi , senang selepas solat terus pergi kerja).

Sebaik sahaja keluar dari bilik mandi, si anak terdengar mak melaung dari tangga.

Mak : Long...cuba tengok jam handset tu sekali lagi..mak tengok jam kat dapur tadi baru 3 setengah.
Anak : Hah?? 3 setengah ke??

Mak : iyerrrr...macam mana tengok jam tadi?
Anak : iskkk ....silap tengok la tadi tu ...mengantuk sgt !! Si anak punyerla perati jam kat hall dgn dapur...sah baru 3.45 pagi.

Si anak terus baring kat atas comforter dan sambung tido sampai pukul 5..ihiks ..kalau tidak tadi....ada ler orang tu sampai ofis pukul 4.30 pagi...eheheheh.

Comments

sd. said…
lawak lawak.

hahahah.

kaklong ni. ish ish.
Noushy Syah said…
hehhehe...3.30am dah mandi tuh, cayalah kak long hiks...

Patut arr smapai ternganga mulut tido muahhahaha...
BudakCatwalk said…
hiks.. kisah benar ker nie?

saya skrg nie dh pakai biological watch jer.. kul 5 pg mestii sedarr.. hikss..
Abang Long said…
Bukan sekali abang long kena macam ni, dah berkali - kali, tak serik - serik juga ... tapi pernah berlaku dalam sejarah, waktu bersahur, makan ubat pengawal stress, lepas tu mengantuk dan terus tidur, bila terjaga, lagi 10 minit nak berbuka ...hahahahaha ...
mad redo1 said…
mad redo1 pernah set jam forward pastu kejut Linda... hehehe... memang teruk le pastu kena...
Juezura said…
sayda-->ehehhe sampai skrg ni kak long sengih jer bila teringat kes pagi semalam.
Juezura said…
noushy-->ahhahahaha rasanya tak de la kak long ternganga.3:30pg mandi ayo sejuk pulak tu ...ekekek lepas tu sambung tido sedapp jer lena..ahaks
Juezura said…
BC-->huhuhu kisah benar tiada yang benar melainkan benar belaka..ahaks. Jam tak salah...kak long yg salah sendiri..ihiks.
Juezura said…
abang long-->rasanya ini 1st time kena ni. KL selalu terlajak tido tapi tk pernah ler tertipu dek mata sendiri ..ahahahah.
Juezura said…
mad_redo1-->huikss...itu dah kes nayer kat bini tu..kesian linda wehh..ahaks
Anonymous said…
kak long,
lawak betui ar...sebbaik x g kojo lagi...he..he...
kak long..siyess lawak..heheh... seb sedrrrr kan..muahahha... bahayaaa nih...
Juezura said…
mamaranggie--> ehhehe lawak ek..jgn buat cam kak long ni..ehehe

tic-->huhuhu mmg lawak yang tidak disengajakan ni...ekkekeke

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah