Friday, February 01, 2008

Kejutan Nu'aim di Awal Pagi

Awal pagi tadi kira-kira pukul 1.45 pagi, kak long terjaga bila mak menjawab panggilan telefon. Hati kak long dah berdebar ..iskk berita apa yang akan disampaikan ni? biasanya tengah malam atau awal pagi cam gini mesti cerita sedih atau emergency. Tiba-tiba mak menangis. Mak sebut nama nu'aim...sebut nama Linda..mak kata ya allah cucu aku!! Haah!! apa jadi ni?? Mak sebut pasal demam panas. Ya Allah..petang semalam Nu'aim dah sejuk dah badan dia.

Mak kata cepat pergi rumah adik. Nu'aim demam...tadi mulut dia berbuih..mata dah pandang ke atas jer. Mak dah menangis..kak long terus kejutkan Nasyirat dan Nabil yang tido lena. Kak Long nak cepat sampai tak tukar baju pun..dok pakai kaftan batik ..baju tido. Kunci pintu rumah...dalam masa 10 minit kami sampai ke rumah adik.

Linda ajak kak long tolong drive kereta..dia nak bawak nu'aim ke KPMC. Masa tu nu'aim dah diam jer..tak ada bunyi langsung kuar dari mulut dia. Mujurlah awal pagi..tak banyak kereta. Dlm masa 15 minit kak long sampai ke KPMC...haiyaaa siap nurse tu suruh isi kad..register. Linda kata boleh ke rawat dulu..nanti kami isilah borong tu. Terus dia suruh nurse sorang lagi yang baru balik beli air ...buat treatment. Linda dgn Aim masuk bilik..kak long tolong registerkan. Hmmm...ingatkan dia kena masuk wad..tapi doktor( maybe jugak MA) just masukkan ubat melalui bontot Aim..masa tu dah dengar Aim menangis...huaa hati kak long yang sedih sangat bila dengar dia menangis. Nurse tu kata ..walaupun temp dia hanya 38 tapi setengah budak body dia tk boleh nak tahan..itu sebab dia kena seizure..ya allah takutnya!! Dia kata jgn bagi suhu badan aim naik lagi..kalau terasa naik suhu badan..terus bagi ubat...stabilkan suhu badan untuk elakkan seizure...aduhai kesian n'aim.

Selepas ambik ubat kami balik...sampai pukul 4 kak long tk boleh nak tido. Pagi ni cam orang mamai jer ...dok menguap. Alhamdulillah Nu'aim dah boleh ketawa..dah boleh main2...siap ON TV sendiri. Kak long di rumah adik sekarang ni ...pinjam pc bayo segala bil..dan akhirnya update blog ni. Selamat berhujung minggu utk semua.

8 comments:

mamaranggie said...

al-hamdulilah...

die sihat!

Farah B said...

k.long, memang takut kalau budak2 demam, mcm mcm boleh jadi, farah memang kalau anak2 demam panas, terus bawak gi hospital. memang ubat insert kat bum tu untuk turunkan temperature badan cepat. Syabil banyak kali gak penah mcm tu. terus je jadi diam, nangis and lesu. sedih hati tengok diorang demam mcm tu.alhamdulillah dia dah better now.

natrah said...

Kak Long..in medical tu namanya febrile fit...mmg common budak2 dpt tu..cuma takut berulang dan kdg2 ada yg teruk fit tu berpanjgngan sampai 3-4 minit..tu yg bahaya..tp ni Nu'aim dh ok kan?just make sure simpan stok panadol yg boh kt bontot (we call it supp. PCM)tu kt umah,anythng happen letak cepat2...ok to Nu'aim,get well soon.

Noushy Syah said...

Alahmdulillah Naim dah OK..Kak lOng rehat yea..blogging later.

Take care Kak LOng.

Zura@Kak Long said...

Eira , Noushy, Natrah & Farah--> terima kasih banyak yer. Nu'aim masih di Pantai Medical Center. Nurdini pun admitted semalam tapi dia dah okey dah. Harapnya Nu'aim cepat pulih. thari tadi rasa tk mo balik..sedih nak tinggalkan dia.

Anonymous said...

Budak2 memang selalu kena camtu. Lagi2 kalau dlm rumah tu ada lebih dari 1 org budak, demam akan berjangkit dari seorang ke seorang sampai habis kena semua baru cool down. Itu baru anak buah yang kena kak long dah susah hati dan sedih, kalau anak sendiri macamana? Lagi la sayu hati. Lagi2 kalau kita ni seorang ibu yang bekerja, nak tinggalkan anak yg sakit pada baby sitter atau nursery memang berat hati dan sedih sebab taknak susahkan mereka walaupun kita bayar dan mereka juga masih ada tanggungjawab yg lain. Kalau boleh bila anak sakit, si ibu ingin sentiasa berada disisi anaknya sampai si anak sembuh. Kadang2 org x faham, boleh kata " ala, anak sakit sikit pun nak cuti atau el, entah betul atau tidak anak sakit". Bab-bab sakit mana boleh buat main2, belum kena anak sendiri boleh la ckp macam tu. Apa pun, Alhamdulillah Naim dah ok.

noamee said...

alhamdulillah anak sedara k long tk apa2..mmg berita terkejut gini akan buat kita kelam kabut dan risau sesngt.Nasib baik k long sekeluarga bertindak cepat.

saya rasa apa yg k long lalui..mmg perasaan takut dan cemas tidak dpt kita elakkan.

jemari menari said...

hmm..mimi pn rpt gak ngn ank sedara..ank sdra sakit pon dh panik tatau la klu ank sndiri kan kak long..skg ni pn tgh riso coz ank sdara mimi kne chicken pox..sedey je ms dia suh mimi balik tgk muka die dh byk kuwa bintik+nanah..sedey...

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin