Tuesday, February 26, 2008

Ubat? Oh tidak!!


Kelmarin, Nu'aim muntah selepas terbatuk beberapa kali sedang dia leka bergolek2 di atas kapet di ruang tamu. Aduhai, tak sempat nak bawak dia pergi ke bilik air!! habis berbau masam sampai terpaksa angkut kapet keluar rumah..eheheh. Kena tunggu sabtu ni la nak hantar kapet tu ke kedai dobi. Sejak dia batuk dan demam awal bulan ini, susah sangat dia nak makan ubat. Macam mana yer caranya nak buat budak2 kecik terutama dalam umur 1-2 tahun ni nak makan /minum ubat? . Nu'aim sebelum dia masuk wad hari tu, senang jer nak bagi dia vitamin atau ubat cecair tapi sejak di hospital dan sampai sekarang ni dia akan mengelak dan melalak bila nak bagi dia makan ubat. Walaupun kak long tak ada anak tapi anak2 sedara kak long tinggal di rumah kak long lebih dari 8 jam sehari dan adakala kak long dan mak kak long jenuh memujuk Nu'aim minum ubat...fuhhhh sabar..sabar!! eheheheh siap kena side kick tu ..dia terajang dan tepis picagari /sudu melayang jatuh...ahaks. Dengan airmata meleleh dipipi dia menjerit-jerit sampai kadang termuntah sebab tak nak minum ubat. Ada sesapa boleh kongsi idea dan pengalaman? Kadang2 yang dibaca tak boleh nak diikut sangat.

13 comments:

Noushy Syah said...

hahhahah siap kung fu fighting yea kak long...Nshy gelak baca entry kak long nih..tapi susahnya kiddies nak mkn ubat yea?

Maybe when we were at that age mcm tu tak? hiks...

How about mix with fruits make it tastier, maybe they can tolerate well...

Noushy Syah said...

BTW don't forget yea:
http://noushy-award.blogspot.com/2008/02/shiny-shiny-stars.html

And kak long scroll down in the blog...for more, yeyyyy!!

Cyg kak long...

p/s I tot Kak Long yg tatut mamam ubat..:p

mama ranggie said...

setakat ni anak2 eira xde masalah makan ubat so x de pengalamanlah macam ne nak pujuk makan ubat...

wanwma said...

Budak2 ni memang..kalau bagi ubat tau jer taka nak, kalau bagi gula2 cepat je disambarnya...

Kalau tak silap dulu ada doktor cakap, kalau susah nak bg dia makan ubat, campurkan ubat tu dalam makanan yang dia suka makan..kira cam tipu dia la..huhuuhuhu..untuk kebaikan dia gak...

Zura@Kak Long said...

Noushy-->nanti kak long update list semua award tu yer..eheheh. Yang susahnya budak dlm umur macam nu'aim ni bukan suka sgt makan macam2 makanan. Buah2 dia tak suka. Lain jer taste dia dah tahu..ehehe bijak tu

Zura@Kak Long said...

eira--> untunglah eira anak2 masa kecik tak takut dgn ubat. Mungkin sebab tak ada experience duduk dlm spital tu.ehehehe

Zura@Kak Long said...

Wan-->itula tu wan..nanti kalau perlu diberi ubat lagi kaklong fikir nak letak dalam makanan apa..eheh sbb kalau susu, dia tahu taste dah berbeza..nanti tak nak menyusu pulak!!

Ainil said...

owh..nua'im x sihat..sian dia.Kalau ammar pun sama x mo nyusu kalu ltk ubt dlm susu.Apa yg kami buat mmg kasar..sorg pgg kepala,sorg pgg kaki,sorg bg ubat.mau x mau dia kena telan jg!akhrnye kakak dia akn nangis sbb kena tendang! hahahah..

Zura@Kak Long said...

Ainil-->memang buat cam gitu jugak tapi kadang tak sampai hati nak buat dia menganga mulut..dia pandai katup mulut dia ..ehehh. Opah dia lagila takut sebab pernah terjadi anak kazen hampir lemas tak bernafas sebab tgh menangis mak dia paksa bagi makan ubat pegang kaki dan tangan. Iskk iskk

natrah said...

Kak Long..alahai sian kat opah ngan kak long yer berkung fu nak bg ubat..
sy tak byk experience sbb my kids pantang nmpk ubat (payah ler pulakkk) mesti nk..abg demam adik pun nk mkn ubat...haru!

Cuma mungkin
1. try campur ubat dgn minuman yg kuat sikit perasa dia mcm milo ke, ribena ke..apa2 lah minuman yg dia suka.
2.bila bg ubat guna syringe tu just make sure dia tak tersedak lah..kadang2 bila smpai part dia tak leh nafas dia akan telan gak ubat tu..tp sian pulakkk kan kat budak
3.cari chewable punya ubat...panadol pun now ada yg chewable kan..even some antibiotcs pun da yg chewable..esp yg beli kat klinik swasta..so dia rasa sedap mcm sweets..

ok kak long..hope it helps!

mad redo1 said...

hehehe...

berg memang payah makan ubat, so dedolu terpaksa mad redo1 pegang kuat2 kaki & tangan dia, pastu linda masukkan syringe sampai nak sampai anak tekak, pastu TEMBAK!!!

tapi skang dah ok dah, nina complete contrast, suke makan ubat... hehehe...

Zura@Kak Long said...

Natrah-->terima kasih yer Doc :) bagi nasihat2 tu ..InsyaAllah lain kali cari ubat yg boleh dikunyah jer ..eheheh.

Zura@Kak Long said...

Mad.Redo1-->huhuhu mmg ituler gayanyer nak bagi budak kecik makan ubat ..kena bergusti dulu..siap kena ada 2-3 org pegang..ihikss.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin