Kenangan Lalu...secalit duka


Tengahari tadi, kak long menerima sms dari seorang rakan chat yang telah lama dikenali tetapi sudah terlalu lama tidak berhubung. Walau tidak berhubung tetapi nombor telefon tetap tidak bertukar, itu kebaikannya bila menggunakan satu nombor yg tidak ditukar setelah sekian lama. Bila ada berita yang nak disampaikan, mudah kita menerima pesanan.

Berbalik ke sms yang diterima. Setelah di baca rupanya, kawan kak long ni forward sms dari kawan chat dari Singapura, Nenny. Berita yang disampaikan ialah mengenai seorang kenalan chat dari Singapura yang meninggal dunia pagi tadi. Kalau tak silap dulu masa memula kenal nick AFO, dah tahu dia memang menghidap satu penyakit tetapi tak pasti sakit apa. Semoga roh rakan yang dikenali dengan nickname AFO/Atok/Bendahara dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al Fatehah.

Mengenang kembali sejarah silam, walaupun tidak mengenali dengan rapat rakan ini tetapi nick beliau AFO tetap kak long ingat. Kira-kira 9-10 tahun yang lepas, kak long memang aktif chatting di alamak.com terutama di room Kampung Aman atau lebih dikenali dengan singkatan KA. Ramai chatter dari Semenanjung dan Singapura menjadi sahabat kerana KA. Kenangan manis dan pahit di KA amat payah untuk dilupakan. Sekarang ini sudah tidak ramai di antara kami yang aktif di KA . Masing-masing membawa haluan sendiri, mungkin kerana faktor umur , mungkin juga kerana tuntutan kerja, keluarga dan bermacam-macam kemungkinan lagi.

Buat teman yang jauh di mata tetapi tetap kak long ingati, sera, acik, yasmin, tengkujuh,skoot, sherrina, TJ,jack, Kitty,anis dan ramai lagi...maaf kerana sekadar menyebut beberapa nama, semoga kalian sihat sejahtera. Buat Along Celcom, terima kasih sebab masih ingat pada Kak Zu dan berkongsi cerita .

Comments

♥~ir@~♥ said…
Al Fatehah,,ira tk kenal kwn kaklong nih,,org lama KA kut,,
Juezura said…
a'ah Ira..kenalan lama. walaupun tak rapat tapi kenal nick dia ni.

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah