Keputusan Yang Wajar

Keputusan kak long untuk tidak menyertai perjumpaan dengan kawan-kawan semasa di U, kak long rasa adalah yang terbaik buat ketika ini. Kelmarin sebaik sahaja kak long sampai di rumah selepas waktu kerja kira-kira jam 9, mak kak long dah terbaring di atas sofa, kelihatan tidak sihat. Rupanya mak demam, sakit2 badan dan sakit gigi jugak..alahaii.

Kak Long rasa tak sampai hati nak tinggalkan mak seorang diri di rumah semalam menyebabkan kak long mengambil cuti kecemasan. Kak Long ajak mak pergi klinik, mak kata tak payahlah , demam salah urat, apa yg doktor tu boleh buat...adehh dah mak cakap macam itu, kak long diam ajelah. Kebetulan adik ipar kak long baru beransur sembuh dari demam dan sakit mata (anak-anak2 dia pn sakit mata kecuali yang sulung). Pagi semalam dia pergi berurut di Rinching Hulu, dan kak long suruh mak ikut sekali. Kak Long jaga baby Nu'aim dan Nasyirat. Nurdini ikut mama dgn Opah.

Siapa kata senang jadi suri rumah wehh??? Dalam masa 2 jam lebih kak long di rumah dengan Nu'aim dan Nasyirat, aduhaii....kelam kabut di buatnya . Kak Long tukar lampin Nu'aim, letak di dalam 'walker" dan kak long masak nasi dan tumis sotong utk lunch si Nabil. Sementara tu mintak tolong nasyirat tengok2kan adik dia ..bukan ajer dia tengok siap dia buat "walker" adik dia macam "merry go round" tapi nu'aim tu suka la pulak...eheheh kak long tengok jer sambil sidai kain kat luar.

Sampai masa Nasyirat nak ke sekolah, baju semua dah siap ada kat luar almari, so terjerit2 la kak long suruh dia tukar baju sebab dia dok leka tengok kartun. Dah dia siap, dia tanya " tak ada bekal utk rehat ke mak long?" alamak...iskkk apasal boleh lupa ni..kak long kata guna jer la duit belanja yang Opah bagi pagi tadi. Lepas tu dia tanya, bekas air mana?? eheheheh adehhhh...mak long dia kelam kabut baru teringat nak isi bekas air yang dia guna masa pergi KAFA.

Nasyirat selamat pergi ke sekolah, Nabil pulak balik dari sekolah, kak long tengok dia sorong basikal, rupanya basikal dia tumbang dan rantai lucut, kesian dia jalan kaki panas2 tu sorong basikal. Lepas tukar baju, dia sibuk nak betulkan rantai dan kak long tolong dia tapi cam tikus baikkan labu jer ...ehehehhe.

Akhirnya kak long kata, biarlah Abah nabil jer betulkan malam ni, dan dia pun angguk dengan muka tak puas hati...iskk basikal ada gear ni bukan macam basikal kita kat kampung dulu2 tu. Ssudah mak kembali dari berurut, mak kata apasal donat yg beli tadi tak bagi kat nasyirat? Kak Long tepuk dahi...Ya Allah...kelam kabut dengan aim menangis tu semua sampai lupa ada donat utk bekal nasyirat....eheheh tabik sping betul kat mak yang hari2 lebih 9 jam jaga 4 orang cucu dan kadang2 tu sempat masak lagi...aduhaii betapa sayang Opah kepada cucu2nya mengatasi kesakitan yang di rasai.

Mak Kak Long masih tak berapa sihat walaupun selepas berurut semalam, jadi pagi tadi kak long hantar mak sekali lagi berurut dan harap2 urat2 mak yang bengkak tu dah beransur pulih.

Jadi kak long rasa adalah lebih afdal jika kak long tinggal di rumah hujung minggu ini temankan mak , kalau mak dah sihat, mungkin akan balik ke kampung atau sambil cuci mata di Nilai 3...ehehehe kalau ada yg berkenan boleh dibeli. Kalau mak masih belum sihat, biarlah kami berehat saja di rumah.

Comments

Abang Long said…
Waktu dapat anak pertama, rasa indahnya dunia dan ada juga rasa macam rumah nak terbalik. Dapat anak kedua rasa macam nak demam. Dapat anak ketiga, terus demam. Bila dapat anak keempat, dah steady... dapat anak kelima, selamba je. Nanti abang long akan ceritakan dalam Blog Abang Long tentang hal ini, memang menarik.
kuIna said…
kak long sy teringin nak jadi full time house wife tau.... tunggu masa & ketika aja.
emmm nilai 3 tu sama meriah mcm tangkak ker?
Orked said…
Kak Long, off topik sat....ahad ni p ka potluck umah KS, insya-allah sy p kaklong..dgn 2-3 org ...

hehehe kak long...mmg la kalo tak besa tak tau mana nk buat dulu...bekal air la..bekal mkn rehat la..tu pun kadang² time nk p sekolah cari kasut tak jumpa...mcm intan khamis tu...riuh cari...sy agak dia tak bawa blk masa p sek agama kot...dia org kt sek agama.. lepas sembahyang asar tu terus pakai selipar je..kasut msk kan lam plastik....

agaknya dia tak bawa blk..
sedih arr kak long..kasut tu baru je sy beli tak sampai sebulan....kasut sekolah budak2 skrg ni bukan murah mcm kita dulu..paling koman rm 19.90.

tu blm ckp buku BM tak jumpa la..buku BI tak jumpa la...dia suka bawa buku dia g baca2 main cikgu2..pastu simpan rata...adeiihhh....
Noushy Syah said…
Kak Long setiap yg terjadi tuh ada hikmahnya kan,sbb tu kak long rasa berat nak pergi ke alumni tuh..anyway ibu kak long sgt bertuah dpt anak yg prihatin cma kak long...

p/s hehhehe...sometimes we need time management skils spt dioffice I guess dirumah pun elok dipraktikkan..I saw my mom with 4 of us last time a full time career woman plus keje on-call,not that bad really...:D
Anonymous said…
Kak Long erkkk....jadi mama kejap. merak ada pengalaman sbg ibu yg bekerja dan jadi full time house wife....Kalau diberi pilihan, Merak akan pilih isteri bekerja... leh gak jumpa kengkawan hari-hari....ada benda lain nak difikirkan selain dari anak-anak dan periuk-belanga....dah tu, tak yah tunggu soami bagi duit belanja....hehehehe... dapat gaji sendiri kaaannnn... duit abang, duit kite....duit kite...hak kite le...ye tak? jahat nyer.....sebenar nyer...tak de le cam tu......
Anonymous said…
jagalah mak sebaik mungkin.. sejuk hati mak dpt anak mcm kak long ;)
Shunjike7 said…
kadang2 orang yang jadi full time housewife lebih penat dari orang yang keluar bekerja...tapi sayangnya jadi housewife tak dapat gaji...

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah