Malang tak Berbau

Kak Long balik kampung tapi tak bermalam di rumah sendiri sebab mak tak berapa sihat. Kazen suruh mak bermalam di rumah dia saja sebab kalau dirumah kg mesti berhabuk...dan mak mesti tak duduk diam kemas itu , kemas ini. Cuti tak seronok sangatlah...dan semakin tak happy bila dalam perjalanan balik ke Kesuma, En. spectra telah "terluka" akibat kelalaian Cik Iswara yang telah "mencium" En Spectra tanpa izin. Huwaaaa...walau terluka yang tidak parah tapi hati ini terluka bila tuan punya cik Iswara tu tak mo bayar ganti rugi calar dan kemek bahagian belakang en.spectra. Minah tu sibuk call suruh laki dia datang tolong. Lepash setengah jam tunggu, teman dah sakit hati.Mengenangkan tk mo susah payah dan tak tahupun mana hala balai polis trafik Klang tu ....so tak adalah kak long buat report!! kalau tak naya korang weh..kena bayo saman RM300 sebab langgar belakang kereta orang..Hampehhh arrr...nak bertekak nak claim insuran laa bla bla.... Siap tanya lagi..kompaun apa pulak kak ? wehh ni ada lesen ke tak ada lesen ni?? undang2 jalanraya pun tk tahu!!! Kalau dah langgar kereta orang mesti ler takut yer dak? Dah laa kak long pun masih tak berapa sihat dengan pening lalat sebab selsema lagi..tambah pulak jadi macam ni..dugaan sungguh...

Tuhan ampunkan salah silapku kerana meluahkan rasa ketidakpuasan hati ku di awal pagi.Engkau berikanlah ketenangan di hati ini...namun aku bersyukur kepadaMu kerana masih bernafas lagi dan Engkau berikanlah ketenangan kepada Ibuku kerana aku tahu dia terlalu bimbang akan sesuatu yang hanya Engkau yang tahu Ya Allah.


dan airmata pun mengalir lagi...

Comments

Noushy Syah said…
Ohhh..sorry to hear that.Luckily Kak Long tak apa2.So mcm mana Kak LOng? Orang tu langgar dari belakang rite? Then xmau settle?

Harap kak Long tabah yea...dan minta2 your mum semakin sehat.

Take care kak long.
natrah said…
Kesian Kak Long...geram jugak mdengarnya..tp nk buat camana kan..mungkin ada yg lebih baik buat kak long...sabar ya..
Qaseh Bidadari said…
sabr ye kak long...

org tu x de lesen kot...

eira baru lalu dpn balai polis klang semalam..memang cantik,macam banglo...
Rumah Kuning said…
Kesian K long.Nasib baik tak cedera.Saya pun meluat dgn manusia jenis tu
mad redo1 said…
alangkah bagusnya sekiranya mad redo1 berada bersama zura mas tuh, mesti banyak manusia tuh kena potpet... hehehe... apa pun Alhamdulillah, semuanya selamat walaupun calar di hati lebih parah dari calar di Mr Spec...
Juezura said…
Noushy, eira, natrah, cikgu panji-t.kasih. Kak long masih berduka lagi ni..bila tengok keta yg calar /kemek tu buat hati rasa kesal dan sedih jer.

Mad_redo1-->huhuhu kak long dah tk larat nak pot pet dgn org yg buat bodoh tu.
Abang Long said…
Buat peringatan. Lain kali, kalau kita pasti tidak bersalah. Terus pandu ke Balai Polis berdekatan dan terus buat laporan.

Seperkara lagi, kalau berlaku didaerah Klang, terus hubungi abang long. Jangan lupa !

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah