Awas!! Hati-hatilah..


Semalam kejadian malang berlaku kepada adik kak long. Cermin kereta yang diparkir di porch rumah dipecah dan lap top yang tertinggal di dalam kereta kena curi. Termenung jugalah adik kak long agaknya bila memikirkan isi kandungan laptop yang mesti penuh dengan dokumen berkaitan kerja dan perniagaan. Seisi keluarga sedang nyenyak tidur barangkali sebab tak dengar apa-apapun.Kesal sebab laptop boleh diganti tapi dokumen dalam hard disk tu yang berharga dan mungkin tidak ada salinannya...iskk iskk kak long yang mendengarpun rasa sakit hati dan geram. Adik kak long balik pukul 11 malam. Bangun subuh nak hantar Nasyirat ke sekolah, tengok2 cermin kereta dah hancur!!
Hmm mesti pencuri tu guna taktik memecah yang kurang mengeluarkan bunyi. Banyak aksi2 dan adegan2 di dalam rancangan di tv yang boleh ditiru sekarang ni. Budak2 nakal apatah lagi,mulalah nak mencuba dan meniru.

Sekarang ini kereta diletakkan dalam kawasan rumah yang berpagarpun pencuri boleh masuk, apatah lagi kereta yang diletakkan di tepi jalan. Dah bukan rezeki dia...kali kedua kereta kena pecah..dulu masa kat parking lot KLCC, kali ni pulak kat dalam kawasan rumah sendiri. Sudah 2 kali laptop hilang...

Laptop punya pasal, mesti orang sanggup mencuri. Kejadian macam ni memang banyak berlakukan? tapi yang sedihnya tu ada jugak kerana duit siling yang tak berapa sen tu pun ada jugak manusia yang sanggup mencuri. Sanggup tanggung risiko, kalau kena tangkap tak berbaloi!! Tapi iyalahkan? dah terdesak ..apapun sanggup dilakukan. Kak Long sendiri selalu tak kunci kereta sebab fikir dah kereta di depan rumah dan dalam kawasan berpagar, takkan ada yang sanggup mencuri tapi mulai sekarang ni kenalah lebih beringat dan berwaspada.

Janganlah tinggalkan barangan berharga dalam kereta anda walaupun kereta diletakkan di dalam kawasan rumah yang berpagar. Pencuri sekarang semakin bijak, kalau kereta berkunci, cermin pulak dipecahkannya.

Comments

Qaseh Bidadari said…
pencuri skrg dah advance kak long...
Juezura said…
eira-->pencuri bijak menyusahkan orang lain!!
natrah said…
Alamak betul ke kak long?? takut lah..nak pegi KL tak berani lah bwk laptop..sbb kalau jalan mana2 mesti nk parking kete..laptop dlm tu..aiyakkkk semua tempat tak selamat dah...
natrah said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Juezura said…
Natrah-->jgn bawak laptop masa nak jalan2 dan kereta perlu ditinggalkan di kaw. parking awam sbb mmg tak selamat. Kalau terpaksapun simpan dalam boot bukan kat tempat duduk.
Juezura said…
iera-->memang betul. Pencuri skrg mmg bijak..tp bijak yg menyusahkan

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah