Tersungkur


Kelmarin, sebaik sampai di rumah kak long ternampak kelibat Nabil di rumah. Aikk apasal dia balik awal? Biasanya 6.10 ptg baru dia sampai di rumah. Sekali kak long masuk ke dalam rumah, tengok bawah bibir dia dah bertampal dgn plaster luka..bibir dia merah dan bengkak sebab tergigit dan luka di bawah bibir berhanpiran dagu. Alhamdulillah gigi dia tak patah. Rupanyer dia terjatuh di kaki lima sekolah dan dia tersungkur ke arah batu bata yang diletakkan di sekeliling pokok hiasan di sekolah. Masa tu belum masuk sekolah lagi. Nabil sekolah sessi petang.

Nabil kata darah menitis ke kasut dan cikgu bagi saputangan dan saputangan tu pun habis kena darah. Cikgu hantar ke klinik berhampiran tetapi sebelum tu pihak sekolah menelefon Abah Nabil. Ya Allah...kebetulan dan di takdirkan Allah, Abah dia pagi tu baru balik dari kerja luar di Muar. Abah dia baru nak makan di kedai di Beranang bila cikgu bagitahu pasal Nabil. Kak Long dapat bayangkan muka Nabil yang pucat masa tu. Kalau Abah dia belum balik , dah tentu kena tunggu mama dia balik dan jauh plak tu perjalanan dari Jln Pantai ke Beranang tu . Mesti cikgu dia hantar ke rumah kan? dan Opah pulak yang panik.


Abah dia tunggu di Klinik Kesihatan Beranang sebaik dapat tahu tapi cikgu dengan Nabil belum lagi sampai. Masa tu klinik tutup untuk lunch...haiyaa kena tunggu pukul 2 laa pulak. Abah dia kata Nabil tak menangis masa sampai tapi bila ada nurse tu kata kena 2 jarum( nak jahit luka) dia mula menangis ...eheheeh kesian Nabil. Tapi alhamdulillah luka di bibir Nabil tidak dijahit, cuma dia kena makan antibiotic dan jaga makanlah..tak boleh makan makanan yang gatal2...takut menanah luka tu. Nak minum dan makan kena ikut tepi bibir sebab bibir tengah sakit...ehehe kesian dia.


Kemalangan di sekolah memang tidak dijangka, bukan dia berlari-lari atau bertolak-tolak dengan kawan-kawanpun tapi dah nak kena tu tadi...kita tak dapat nak elak. Cuma perlu diingatkan kepada anak-anak supaya tidak berlari2 atau bertolak2 di sekolah walaupun sekadar bergurau dengan rakan-rakan. Ini kerana kadang2 kerana bergurau boleh jadi kemalangan yang serius pulak. Sekolah sekarang ni bukan macam sekolah dulu2...setingkat jer ...sekarang ni bertingkat2 dah..tinggi!! kalau jatuh kat tangga naya jer.

Comments

Anonymous said…
kak..er..saye dpt bayangkan keadaan Nabil waktu tu..ee...ngerinye...kesian!-ainil-
natrah said…
Alahai sian pulak si Nabil ni...tak leh mkn suruh dia minum byk air ya kak long...
Anonymous said…
salam

kite dpt rasa ape yg nabil rasa masa tu... sakit... kerana dulu kita pon penah jatuh ... jatuh dari tangga sampai ke tingkat bawah...

> sian nabil... mcmane dia skrg nih?
Noushy Syah said…
Cian Nabil...hopefully he's getting better soon...

Take care Kak LOng..

Another weekend!
Anonymous said…
issskk.. kene jahit x?
Juezura said…
manje--> nabil dah okey. Terima kasih yer.
Juezura said…
Noushy--> Thanks so much.
Juezura said…
Ainil-->Nabil dah okey...boleh makan macam biasa dah.Mmg ngeri kalau kita nak bayangkan macam mana dia jatuh.
Juezura said…
Natrah--> Nabil dah okey :-), Alhamdulillah.
Juezura said…
iEn--> Nabil tak kena jahit bibir dia ..cuma letak ubat jer. Memula masa nampak darah byk kuar tu nurse tu ingat kut teruk sgt ..itu dia kata kena jahit tp alhamdulillah tak kena.

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah