Kisah Tempe...

Alkisahnya di sebuah desa di JawaTengah, ade sorang ibu yg kerjanya menjual tempe di pasar setiap hari.Pekerjaannya menjual tempe ini adalah merupakan satu2nya sumber pendapatannya utk menyara hidup.Pada satu pagi, macam biasa, dia tgh bersiap2 nak pegi jual tempe. Tapi tetiba dia tersedar yg tempenya yg dibuat drpd kacang kedele (menurut bahasa Indonesia) hari tu masih belum menjadi iaitu baru separuh jadi. Diapun berasa amatlah sedih sebab tempe yg masih belum menjadi pastinya tak laku dan ini bermaksud dia takkan dp twang utk hari tu.

Tengah dia bersedih tu, tetiba dia teringat akan firman Tuhan yg menyatakan Tuhan dpt melakukan perkara2 ajaib kerana tiada yg mustahil bg Tuhan. Lalu dia pun mengangkat kedua tgnnya sambil berdoa "Ya Tuhan, aku mohon kepadaMu agar kedele ini menjadi tempe. Amin?."Begitulah doa singkatnya yg dipanjatkan dgn sepenuh hatinya. Dia sangat yakin yg Tuhan pasti mengabulkan doanya.Lalu dgn tenang dia pun menekan2 bungkusan bakal tempe tuh dgn hujung jarinya dan dia pun bukak sikit bungkusan tu utkmenyaksikan keajaiban kedele itumenjadi tempe. Tapi dia kaget seketika sebab kedele tu masih tetap kedele.Namun dia tak kecewa, sebaliknya dia fikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan.

Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yg mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dpt menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadilah ini tempe, Amin".Dengan penuh harapan dan debaran diapun skali lagi bukak sikit bungkusan tu.Lalu apa yangterjadi????????...Dengan kaget dia melihat yg kacang kedele tersebut??????....masih tetap begitu !!!!!!!Sementara tu hari pun semakin siang dan tentunya pasar dah semakin ramai org.

Si ibu ni tetap tak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Bagaimanapun kerana keyakinannya yg sgt tinggi dia bercadang utk tetap pegi ke pasar membawa barang dagangannya tu. Dia berpikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi masa perjalanannya ke pasar. Lalu dia pun bersiap2 untuk berangkat ke pasar.Semua keperluannya untuk menjual tempe macam biasanya dah disiapkan.Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku,jadikanlah ini tempe. Amin". Lalu diapun berangkat.Di sepanjang perjalanan dia tetap tak lupa baca doa dalam hati.Tak lama lepas tu dia pun sampailah dipasar. Dan macam biasanya dia pun ambik tempat untuk meletakkan barang dagangannya. Dia betul2 yakin yg tempenya sekarang mesti dah menjadi.Lalu dgn hati yg berdebar-debar diapun bukak bakulnya dan menekan2 dgn jarinya setiap bungkusan yg ada.Pelan2 dia bukak sikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Lalu apa yang terjadi saudara-saudari??????????......tenyata tempenya benar-benar?????????????????....belummenjadi!!!!!!!!!Si Ibu ni pun terkesima seketika, dia tarik nafas dalam-dalam.

Dia sudah mula kecewa pada Tuhan kerana doanya tak dikabulkan. Dia merasa Tuhan tak adil.Tuhan tak kesian padanya sedangkan dia hidup cuma dgn hasil jualan tempe je.Seterusnya, dia cuma duduk diam tanpa mempamerkan barang dagangannya sebab dia tau yg mana ada org nak beli tempe yg baru separuh jadi tuh.Sementara tuh hari pun semakin petang dan pasar dahmulai sepi dengan pembeli. Dia tengok member2 yg sesama penjual tempe, tempe mereka dah hampir habis nak dijual. Dia tertunduk lesu seperti tak sanggup menghadapi kenyataan hidupnya hariitu. Dia pun termenung dgn rasa yg teramat kecewa. Dia tau yg hari tu dia takkan dpt pendapatan langsung.Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Bu...?!"Maaf ya bu,saya mau tanya. Apakah ibu ada menjual tempe yang belum jadi?Dari tadi saya sudah keliling pasar mencarinya tapi masih belum ketemu."Seketika si ibu tadi terkesima lagi. Dia kaget.Sebelum dia menjawab sapaan wanita kat depannya tu,dlm hati cpt2 dia berdoa Ya Tuhan, saat ini aku tak mahu tempelagi. Biarlah daganganku ini tetap seperti semula, Amin".Tapi lepas tuh,dia masih tak berani lagi nak jawab kat wanita tuh. Dia fikir ntah2 mase dia tgh duduk2 termenung tadi,tempenya dah menjadi. Jadi masa tuh dia dalam keadaan ragu2 lagi nak jawab. "Camane nih?" Dia pikir. "Kalo aku kata ya,jangan2 tempe ni dah jadi, sape tau mukjizat Tuhan?"Lalu dia pun kembali berdoa dalam hatinya, "Ya, Tuhan,biarlah tempeku ini tak usah jadi tempe lagi. Dah ada org yg nak beli.Ya Tuhan tolonglah aku kali ini.Dengarlah doaku ini?" ucapnya berkali-kali.Sebelum dia menjawab wanita itu,dia pun bukak sikit daun penutupnya.Lalu apa yang dilihatnya saudara-saudari????????????....Ternyata memang benar tempenya ?????????????.....belumjadi!!!!!!!!! Dia pun bersorak riang gumbira dalam hatinya. "Alhamdulillah",ucapnya.

Dipendekkan cite, wanita tu pun memborong habis semua tempenya yg belum menjadi tuh.
Sebelum wanita tu pergi, si ibu nih sempat jugak tanya wanita tuhkenapa nak beli tempe yg belum jadi.Rupa2nya, wanita tuh kata yg anaknya di England kepingin tempe dari desa.Memandangkan tempenya tuh nak dikirimkan ke England, dia kenalah beli yg belum jadi lagi supaya bila sampai di England nanti dah menjadi.Kalau kirim tempe yg dah jadi,nanti di sana tempe tuh dah tak elok lagi dan rasanya pun dah kurang sedap.Begitula hal kisahnyee?

Moral of the story?
1. Kita sering memaksakan kehendakkita kepada Allah sewaktu berdoa,padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan danapa yg terbaik utk kita.

2. Sentiasalah berdoa dlm menjalani kehidupan seharian kita sbg hambaNyayg lemah. Dan jgn sekali-kali berputusasa terhadap apa yg dipinta. Percayalahbahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yg mungkin di luar jangkaan kita. Hanya kpdNyalah kita memohon & bertawakkal.

Comments

Noushy Syah said…
AMboii nak anta kat nshy ke Kak Long..hehhehe..ERRRRR tempe yg dah jadi pun kalau nak anta ke UK ikut DHL 12 jam dah campai ...

BTW, moral of the story tu yg utama....Allah Maha mengetahui yg trbaik utk kita kan Kak LOng..
Abang Long said…
Salam hormat buat Kak Long. Apa sahaja yang kita buat biarlah - Lillah hita'ala. Apapun memang abang long suka dan gemar makan tempe.
Juezura said…
Noushy~~~heheheh sekadar cerita jer tu ..noushy makan ke tempe? kak long suka tp kena hadkan skrg ni semua menu yg ada kacang sbb byk penyakitnya ..huhuhu

Abang Long~~~tempe mmg sedap lagi pulak bila di goreng berempah ...ehekss..lapo
sd. said…
sayda x penah lg rasa tempe yg sedap.org ckp tempe sedap kan..but so far tempe yg sayda penah rasa (secubit je pun :p) sume x menyelerakan..huhu..

tgk je lah~hehe

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah