Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki


Hari ini kak long sekadar mahu berkongsi cerita di bawah ini yang kak long petik dari ruangan Dicelah-celah kehidupan di surat kabar Mingguan Malaysia. Ini adalah cerita seorang wanita yang kecewa tetapi telah berbahagia dengan hidupnya sekarang.

``Katanya dia mempunyai banyak pengalaman pahit semata-mata kerana ingin memenuhi hasratnya berkahwin dan mempunyai anak seperti yang dikehendaki oleh ibunya. Tetapi hasrat saya tidak kesampaian.

``Kira-kira 25 tahun lalu memang sukar mencara suami setaraf, begitu juga zaman ini. Malah zaman ini lebih teruk lagi. Yang lulus U tak semestinya dapat suami yang sama-sama lulus U. Nasib baik kalau dapat lulusan diploma, jadi kalau setakat ada kerja tetap itu sudah memadailah. Begitulah dengan nasib saya.

``Setelah sekian lama mencari saya masih gagal, akhirnya bertemu seorang lelaki lulusan diploma bekerja dengan swasta. Persahabatan kami mulanya berjalan baik, tapi selepas tiga bulan saya dapat tahu dia bukanlah lulusan diploma seperti didakwa, cuma SPM tapi saya tak kisah asalkan bertanggungjawab.

``Tapi yang tak menariknya dia mula meminjam wang saya, mulalah menceritakan masalah hidupnya yang susah, mula-mula dia kata ibunya sakit di kampung, dia perlukan duit untuk membayar bil hospital. Waktu itu RM3,000 cukup banyak pada saya, tetapi memikirkan adik-beradiknya pun susah, tak ada seorang pun kerja kerajaan maka dia dipertanggungjawabkan untuk menolong ibunya.

``Saya puji sikapnya yang prihatin terhadap ibunya, jadi saya pun bantu. Saya pergi melihat ibunya di hospital bukan tak percaya, tetapi nak tunjuk muka dan bersimpati. Lepas enam bulan adiknya pula hendak berkahwin, sekali lagi dia minta bantuan, saya nak pinjam RM2,000 untuk bantu ibunya, hati saya mula berdetik, berapa banyak lagi saya kena bantu dia ni. Tetapi memikirkan perhubungan kami sudah lebih setahun dan kami pun sudah berjanji untuk berkahwin, maka saya pun bantu.

``Saya pergi ke majlis kahwin adiknya, memang meriah. Besar majlis perkahwinan yang dibuat. Langsung tidak menunjukkan mereka kurang wang dan buat kenduri kecil-kecilan seperti dakwaan kawan saya bahawa keluarganya tak berduit.

``Saya juga dapat tahu bukan semua adik-beradiknya tak berduit, ada yang lulusan U dan berjawatan tinggi. Tiga orang abang termasuk adik perempuannya sudah bekerja ada dengan swasta dan seorang pegawai kerajaan.

``Jadi tidak benarlah dakwaannya bahawa adik-adiknya masih bersekolah dan belum bekerja. Sepatutnya pegawai kerajaan itu boleh masukkan ibunya dulu ke hospital kerajaan, dan tidak sepatutnya dia seorang sahaja tanggung bil hospital.

``Saya juga melihat hubungan adik-beradiknya cukup erat, bekerjasama dan saling membantu terutama menguruskan perkahwinan adik perempuannya. Hati saya mula curiga memikirkan apakah benar dakwaan kawan saya ini bahawa adik-beradiknya tak berduit. Patutlah dia tidak menggalakkan saya hadir di majlis perkahwinan adiknya. Namun semua kecurigaan itu saya padamkan, mungkin benar dakwaannya, kerana dia lebih mengetahui. Saya cuma melihat luarannya sahaja.

``Setelah dua tahun berkawan janjinya kami akan berkahwin masih kabur, malah mula mengelak bila ditanya pasal kahwin. Selang dua tahun seorang lagi adiknya kahwin, kami masih tak kahwin lagi. Kerana umur saya sudah meningkat saya pun mendesak supaya perkahwinan kami disegerakan.

``Dipendek kan cerita kerana didesak dia tinggalkan saya tanpa membayar hutangnya termasuklah baki bil hospital emaknya RM2,000, kahwin adiknya RM2,000, hutang kad kredit, dan lain-lain berjumlah lebih enam ribu.

``Saya memang frust menonggeng bila ditinggalkan, tapi semuanya saya telan kerana itu kesilapan saya sendiri mudah percaya pujuk rayu dan pembohongan orang. Dah tahu ditipu tapi masih percaya dengan orang yang suka berbohong.

``Alasan kuat dia tinggalkan saya konon emaknya tak restui perkahwinan kami, kerana ada calon lain. Tetapi setahun kemudian dia kahwin dengan gadis yang bukan pilihan ibunya. Dia burukkan ibu kerana tidak mahu saya jadi menantu.

``Kerana simpati dengan nasib saya, setahun kemudian kawan-kawan kenalkan saya dengan seorang jejaka, kata mereka baik. Walaupun mulanya saya tak suka, tetapi kerana pujukan emak, tak semua lelaki jahat dan suka menipu, hati saya lembut dan terbuka untuk menerimanya.

``Tetapi apa yang membuatkan pintu hati saya terus terkunci selepas enam bulan kami berkawan ialah, jejaka ini anak emak, semua mesti mendapat restu emak, nak keluar makan tengah hari pun kena tanya emak. Apa lagi nak keluar malam, nak berjalan-jalan dan sebagainya, semuanya dia mesti bincang dengan emaknya.

``Pada mulanya selepas enam bulan berkahwan dan saya dibawa bertemu dengan emaknya saya kira jejaka ini memang sesuai dengan jiwa saya, bertanggungjawab terhadap keluarga, rajin sembahyang dan baik, rupanya dia ni ada banyak syarat yang terpaksa saya penuhi kalau kami berkahwin.

``Antara syarat yang melemahkan hati saya, lepas kahwin saya mesti duduk di rumahnya bersama tiga orang adik-beradiknya, tak boleh pindah ke rumah sendiri. Sebab sebagai anak sulung dia terpaksa membantu ibunya menguruskan keluarga selepas ayahnya meninggal dunia lebih 10 tahun lalu.

``Katanya ibunya melatih dia bertanggungjawab dan mesti menguruskan adik- beradiknya sehingga semuanya habis belajar dan bekerja. Kerana itu saya tidak boleh pindah. Setelah saya congak saya kira terpaksa duduk bersama keluarganya lebih 10 tahun sebelum boleh memiliki rumah sendiri itu pun kalau diizinkan, mesti membantunya dalam susah dan senang, maka hasrat saya untuk berkahwin dengannya jadi pudar. Bukan kedekut tetapi apalah gunanya. Dan saya bimbang saya tidak dapat memenuhi syarat-sayarat jadi menantu pilihan ibunya.

``Banyak lagi syaratnya yang lain yang tak perlu saya ceritakan satu persatu, walaupun kecil, tetapi merimaskan, dan saya tak mahu saya kesal kemudian hari. Jadi saya padamkan hasrat untuk berkahwin dengan jejaka anak emak ini. Ketika itu usia saya sudah menjangkau hampir 30 tahun. Saya kira syarat ini mungkin merupakan cara terbaik ibunya menolak saya menjadi menantunya. Walaupun dinafikan oleh jejaka ini. Kami berpisah dengan baik.

``Dua tahun kemudian melalui kawan saya berkenalan dengan duda anak dua. Ketika diri dimakan usia duda bukan masalah asalkan bersetuju di hati dan ada sifat bertanggungjawab itu yang paling inginkan kepada calon suami saya.

``Tetapi sayangnya duda ini masih sayangkan isteri dan anak-anaknya. Dia mungkin mahu menjadikan saya sebagai alat untuk memenangi hati isterinya kembali. Itulah kesimpulan yang boleh saya buat terhadap duda itu. Salah satu contoh, setiap kali kami keluar makan dia akan telefon anak-anaknya dan memberitahu di mana dia berada, dengan siapa dan makan apa.

``Memang bukan hak saya sekat niat baiknya bertanggungjawab pada anak-anak, tetapi caranya tidak kena, dia menyakitkan hati saya. Setiap kali dia telefon anaknya dia akan kirim salam pada bekas isterinya yang masih belum kahwin tu.

``Mereka sudah bercerai lebih 2 tahun, bekas isteri dan anak-anaknya tetap tinggal di rumah lama mereka, cuma duda ini sahaja yang terpaksa pindah ke apartment tinggal menyewa rumah bersama kawan-kawannya bujangnya.

``Mulanya saya tidak sedar sikap duda ini masih sayangkan bekas isterinya, tetapi setelah hampir setahun berkawan, sikapnya menjadi semakin jelas. Saya tak marah kalau dia bawa anak-anaknya makan bersama kami. Tetapi anak-anaknya jarang mahu ikut kalau saya bersama kecuali kalau ada hajatnya.

``Saya dapat rasakan anak-anaknya tidak sukakan saya, bukan sahaja mereka tidak mahu berbual malah saya tanya pun mereka tidak mahu jawab. Mereka hanya berbual dengan ayahnya saja, mereka anggap saya tidak ada di hadapan mereka. Jadi apa gunanya kami berkawan. Saya bukan rampas ayah mereka.

``Saya juga ada maruah, saya bukan mahu memisahkan hubungan mereka anak beranak, itu tanggungjawab seorang ayah. Tetapi sikap duda ini yang langsung tidak menegur kesombongan dan keangkuhan anak-anaknya, saya rasa di sini letakkan kesalahan besar yang duda ini telah lakukan.

``Kalau belum kahwin lagi ayahnya tidak berani menegur sikap anak-anaknya, apa lagi kalau kami berkahwin nanti, tentu dia lebih tidak berani. Anak-anaknya sudah darjah lima dan tingkatan satu bukan masih kanak-kanak kecil lagi. Mereka patut dilentur sejak dari rebung bukan setelah menjadi buluh.

``Namun saya sedar duda ini berbuat demikian supaya anak-anaknya cemburu dan memujuk ibu mereka supaya mereka berkahwin semula. Duda ini menggunakan anak-anaknya untuk memikat isterinya kembali.

``Setelah dikaji jelas duda ini masih tergila-gilakan isterinya setelah dia menyedari kesalahan yang pernah dilakukannya suka memikat gadis untuk berpoya-poya dulu. Jadi apa gunanya saya berkahwin dengan lelaki seperti ini. Dia pun sering kesempitan wang untuk memberi nafkah kepada anak-anaknya. Sering minta bantuan saya. Jadi saya tak mahu seksa diri saya untuk kesenangannya.’’ Demikian cerita Normaria yang telah bertekat tidak mahu berkahwin jika untuk menyusahkan diri sahaja.

Katanya jika ada rezeki lebih, dia dahulukan ibunya. Kini dia banyak habiskan masa melancong setelah mengerjakan haji dan umrah. Dia mahu ibunya bahagia dengan cara hidup yang dipilihnya, tetap bahagia tanpa berkahwin. Dan ibunya merestui setelah mengikuti banyak masalah yang ditempuhinya.

Kini dia memelihara seorang anak yatim berusia empat tahun, dia akan mendidiknya sambil berharap anak ini menjadi temannya bila dia tua kelak. Falsafah Normaria dia tidak mahu membazirkan wang kepada lelaki yang belum tentu boleh membahagiakan dirinya. Katanya kalau dia tersalah langkah dahulu, dia mungkin mengalami nasib sama seperti yang dilalui oleh Farawahidah dan Elyana.

Dia tidak kesal digelar andartu asalkan tahu apa yang ingin dicapainya dalam hidup ini, malah dia bahagia tanpa suami.

Sedikit sebanyak kisah di atas lebih kurang seperti yang kak long hadapi cuma berbeza jalan peristiwa yang di alamai dan mak kak long tidak pernah mendesak seperti ibu di dalam kisah ini. Juga tidak sebanyak itu duit dilaburkan cuma masa yang banyak terbuang begitu sahaja di dalam menanti sebuah jawaban. Kekesalan yang kini menjadi tembok di sekeliling diri...Igauan masa lampau menjadi peringatan yang tidak mungkin akan terhakis.
Biarlah kita dicintai kerana diri kita dan bukannya wang ringgit yang ditaburkan.

*Bahagia ada di mana-mana asalkan kita tahu bagaimana mengurus dan mencarinya dengan hati terbuka.

Comments

H@iRiE said…
Allah telah menjadikan setiap manusia berpasangan tetapi didalam sibuk kita mencari pasangan, hawa nafsu telah menutupi 'jalan' yang telah Allah tetapkan maka kita akan 'tersesat' seketika.Mohonlah petunjuk dari Allah adalah yang terbaik.
kuIna said…
tuhan selalu menguji umatnya.. bahagia ada di mana2.. sntiasa mohon petunjukNYA..
sd. said…
satuju2. (noding). with the title.eheh.sayda x sempat nk bc the whole article.dtg lawat kejap2 je.hope kaklong sehat walafiat.dgr ckp doc k.

sayda ok je.dont worry.senyap x bermaksud bisu.haha. ok lawak.hehe.

muax!
Noushy Syah said…
Ohhh ni kesah benar yea Kak Long...

Emm, conclusively I think she's made right decision when she choose not to get married with those 'useless and user type on men...'

Yang penting dia bahagia dengan cara hidupnya sekarang bersama2 ibu tercinta...

The scope of love is huge ...though she cant get a love from a man called hubby but she has love all around from family and others that support her and that is good enough and the best part of it she is not desperate to get married for the sake of man's love...
Anonymous said…
Kak Long, kalau tak tawen tak apa.....kalau tawen, itu bonus dalam mengharungi kehidupan kita....

Tapi, kalau tawen hidup terseksa buat apa.....baik lagi martabatkan gelaran anak dara......daripada dapat title janda atau madu tiga....heheheheheh =^)
Juezura said…
Hairie-->setiap dari kita pasti tidak lepas dari berdoa utk setiap perkara yg baik dari Allah swt

ku ina-->INsyaAllah Allah sentiasa bersama dengan kita


sayda-->kak long ..muahhh kat dia. sihat,alhamdulillah. ehehe terima kasih dtg juga sini walau awak tu busy :-)

Noushy-->sememangnya ini cerita benar dan kak long kaitkn cerita ini dengan kisah kak long yg noushy dah pernah baca di blog ini. Tidak rugi melepaskan lelaki yang tidak rugi tidak mendapat cinta seorang lelaki asal kita mendapat cinta dari keluarga kita

Merak-->betul cakap merak itu. Bukan kita anti kepada lelaki tetapi tidak perlu desperate hanya utk merana di kemudian hari. Kalau ada jodoh, maka adalah pasangan kita nanti.
mad redo1 said…
memang kaum lelaki ni berbagai pakej, so kena belek betul2 le kotak tu nak tahu pakej mana yang sesuai, tak berkenan letak balik le atas rak... (pakej mad redo1 pun banyak gak songehnya)

hehehe...
AiRynnz said…
mmg x sesuai di jadikan suami lelaki camtuu...
yg pentingnya kite kene tahu lelaki camner yg terbaik buat diri kita..
Orked said…
kaklong

tiap org ada pilihan utk hidup dia
Abang Long said…
Masih terkenang, pertama kali makan di KFC dengan teman wanita (sekarang dah jadi isteri), abang long makan ayam menggunakan tangan, dan tak guna sudu garfu, si dia tersenyum je ... usai makan ... abang long kata "saya nak jumpa orang tua awak" .. lalu dia jawab "ok, nanti saya maklumkan dulu" ... si dia tersenyum ... selepas 10 tahun baru abang long tahu ... rupanya isteri abang long suka dengan cara abang long yang bersahaja dan tidak meninggi diri ... dia terima abang long seadanya. YAHOOOOOOO
uMIe MieSYa said…
Setuju sangat dgn tajuk entri kak long nie.. banyak sangat pengajaran boleh dipelajari dari kisah tu.. :)

Umie pun niat nak ambik anak angkat kalo di takdirkan bujang sampai ke tua..

Pepon, saya yakin bahawa BAHAGIA ADA DI MANA2.. tak berkahwin, tak bermakna kita tak bahagia kan?!
iEn said…
iEn pernah mengalami situasi ini.. mengingatkan kembali sejarah silam ien bahawa apa yg ien buat seperti info di atas tu sebagai salah satu kesilapan besar ien. Rambut sama2 hitam tp hati sentiasa lain2. Kita dah buat baik,ikhlas sanggup lakukan ape saja, tp malangnya apa lah jawapan yg ien dpt.. iEn cuma mampu berkata "Thank you for nothing".
TJ said…
jangan bazirkan wang utk pikat wanita gak, hehehe, tapi mmg betul kengkadang seseorang tu baik laki atau pompuan mmg nak amik advantage rasanya, alasan kita yang ajak keluar, kit alak kena bayar .. pape ntah !!
Anonymous said…
Salam kaklong..

Bestlah cerita ni,banyak pengajaran yg laling dapat..

For me relationship should be not involve money.When boys asking about money you know what their telling you how weak they are..I'm really particulars about this thing.

Thanks for sharing..:D

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah