Ditinggal dan Meninggalkan

Shayz memang rajin mengetag kak long. Terima kasih banyak kerana mengingati Kak Long yer Shayz...Sayang dia. Oleh kerana kak Long sampai awal di pejabat hari ini, setelah cuti sakit semalam, jadinya kak long tulislah sedikit pasal perasaan Kak Long semasa zaman persekolahan.

Bercakap pasal zaman persekolahan, ada banyak kenangan pahit manis yang menjadi kenangan seumur hidup. Pertama sekali berpisah dan meninggalkan kawan-kawan ialah sebaik habis darjah enam. Abah Kak Long suruh Kak Long berpindah ke sekolah menengah yang lebih dekat dengan rumah kak long..uwaaaaa...malam sebelum nak pergi mendaftar di sekolah menengah yang sepatutnya kak long pergi, kak long menangis teresak-esak atas sofa..tutup muka dengan bantal. Maklumlah nak berpisah dengan kawan-kawan yang sudah di kenali dari darjah satu.

Oleh kerana, Kak Long tak pernah tak dengar kata Abah, esoknya kak long pergi juga ke sekolah menengah Khir Johari Sungai Sumun, bukan utk mendaftar tetapi utk memberitahu Kak Long akan berpindah ke sekolah lain. Agaknya pasal dah lama sangat menangis malam sebelumnya, pagi itu kak long tak menangispun..habis dah air mata kut..huhuhu.

Itulah sekali kak long menangis bila berpisah dengan kawan-kawan. Bila di sekolah menengah dan seterusnya ke Uni, Kak Long tak terasa sedih sangat bila berpisah, sebab Kak Long memang tak ada kawan rapat, semua kawan sama rata jer. Walaupun berpisah, kami tetap berhubung melalui email atau sesekali kami berkumpul sesama geng. So, perasaan ditinggal atau meninggalkan kawan-kawan itu tidak seteruk semasa kak long di darjah enam itu.

Bila ditinggalkanpun, kak long dah lali...ihikss ...bukan sombong tapi ntahlah kenapa? perasaan sayu memang ada tapi sekejap jer.

Kalau bercakap pasal perasaan meninggalkan atau ditinggalkan oleh seorang yang kita kasihi, ianya amat berbeza sekali. Sedih dan pedih yang amat bila ditinggalkan tetap bersemadi di hati dengan seribu pertanyaan yang tidak berjawab. Apabila meninggalkan seseorang kerana tidak mahu mengelak dari melakukan kesilapan, kak Long merasa lega dan bersyukur. Walaupun tercalit sedikit rasa kesal dengan apa yang terjadi tetapi bersyukur kerana Kak Long disayangi Allah s.w.t yang memberi petunjuk apa yang terbaik utk dilakukan ketika itu.

Diharap Shayz puashati dengan apa yang Kak Long paparkan di sini. Ikhlas utk semua ...

Comments

Anonymous said…
semenangnya kenangan zaman persekolahan cukup indah buat semua....
Juezura said…
memang betul tu rynn...walaupun masa tu bila dapat homework lebih sikit punyerlaa bebel...ekekek tp kenangan terindah yg tk boleh di kembalikan semula
Anonymous said…
da x ingat sgt psl zaman sekolah dlu..kawan2 sma sekolah pn da xberapa kenal hahahaha *ni la ciri2 kawan derhaka* huhuhu
Juezura said…
ahahahah nizie. Biasalah tu bukan derhaka tapi ingatan telah pudar ...ihikss . Tapi kenangan tu tetap ada kan? ?walaupun kawan2 tak ingat..eeheheh
sd. said…
kaklong oh kaklong~
walaupun hanye baru mengenalimu, rs rindu itu tdk dpt ditahan2..wlau xpenah jumpe rs mcm dekat aje..ececeh..
harap bleh jumpe 1 hari nnt kan..

aku merinduimu~(nyanyi ala2 iklan bedak followme tu.. :D)
Anonymous said…
setuju pandangan kak long tentang perasaan berbeza apabila meninggalkan dan ditinggalkan..apepun wut u give u get back...Hanya Allah yang tau niat kita!~
Anonymous said…
allo abby .. TJ here ... hehehe ... ni 1st time aku komen kat blog ko yg biru haru ni hehehe ... aku merasa terpanggil lak nak bagi komen ... bagi aku the process to forget, to stop and move on is a bit susah or perhaps too difficult to endure la ... but it will past ... and slowly kita dapat lupakan ... sebab tu aku main tenis hehehe

TJ
Juezura said…
saydaaaaaaaaaaaaa..aku merinduimu...ekekekke masih ingat kat iklan followme tu ek?? caya laa gurl...

cikscarlet~~~terima kasih kerana berkunjung ke sini.Betul tu...kita akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah kita lakukan

TJ~~~amboiii ko...biru haru ko kata blog aku ek...ekekkeke anyway thanks. InsyaAllah kita akan together gether ek ..ko dtg laa kat GIANT dekat ofis aku tu..sebelum aku kena ikat boleh ler aku kuar ...ekekkeke
Shunjike7 said…
sungai sumun tue kat Perak kan kak long? ke saya salah....:)
Juezura said…
Bob~~~memang tak salah. Sg Sumun memang di Perak. Pernah sampai ke?? ehehe sek men khir johari mmg di sungai sumun :)

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah