Balik Kampung...


Huhuhu hari ini balik ke kampung. Pertukaran rancangan di saat akhir, kak long balik sendirian hari ini...huwaaa . Mak dah balik dengan adik dan famili.Hari ini masih bekerja, jadinya selepas kerja baru Dah lama tak memandu sorang2 bila balik ke kampung...seriau jugak. Bila kena balik seorang ni, dah jadi macam sebelum kak long pindah ke rumah yang ada sekarang ini 7 tahun yang lepas. Masa di rumah sewa di kampung baru, KL, kak long memang akan balik memandu berseorangan. Harapnya jalan tak sesak ler hari ni dan kak long tak perlu mengekor lori atau treler yang menyebabkan kak long akan mengantuk ( pernah terjadi dulu, dah terlelap bila mengekor belakang lori tapi alhamdulillah selamat sampai).

Kalau berkesempatan, singgahlah ke rumah di kampung ( akan berada di kampung sehingga 5 oktober). Kawan2 juga boleh singgah ke rumah kak long di Bandar Tasik Kesuma, Beranang. Telefon dulu yer kalau nak datang..ehehe nanti tak ada orang pulak kat rumah.

Doakan kak long selamat sampai ke kampung yer. Nanti bila dah sampai kak long post entri via email ke sini.Terima kasih semua. Selamat hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.


View Larger Map

Kampung kak long - Kampung Sungai Batang.Sila guna anak panah untuk lihat kawasan sekitar.Kak Long akan ikut jalan pesisir pantai..lalu Kuala selangor ,Sabak Bernam dan terus ke rumah.

Comments

kuIna said…
hati2 memandu kak long... ngantuk rehat kejap yer..

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah